Saturday, 4 July 2015

Cara Elak Bersalam Dengan Bukan Mahram

Orang Melayu kita ni terkenal dengan kepelbagaian adatnya. Antara yang diamalkan adalah bersalaman ketika berjumpa ataupun ketika mahu berpisah. Sekiranya tidak bersalam kita mungkin dianggap biadab.


Namun adakah kita sedar adat ini akan menyalahi hukum agama apabila kita bersalaman dengan BUKAN MAHRAM? Siapa bukan mahram? Siapa pula mahram? Secara dasarnya mahram adalah orang yang kita tidak boleh berkahwin dengannya.


Senarai MAHRAM yang kita (wanita) dibolehkan bersalaman adalah seperti berikut;
  • Suami
  • Bapa termasuk datuk baik sebelah ibu atau ayah
  • Bapa mertua
  • Anak-anak suami (anak tiri)
  • Saudara (adik beradik) sama ada saudara kandung, saudara sebapa, saudara seibu dan seterusnya ke bawah seperti anak-anak dan cucu
  • Anak-anak saudara lelaki dan perempuan daripada adik, kakak atau abang
  • Bapa saudara daripada pihak bapa dan ibu
  • Mahram kerana penyusuan

Jadinya sangat nyata siapa yang kita boleh bersalam dan siapa yang tidak boleh. Kalau pada hari-hari biasa mungkin isu ini tidak jadi isu sangat, tapi apabila menjelang raya, isu mahram dan bukan mahram ini akan jadi besar dan susah.


Ha, meh tengok 20 cara stylo nak elakkan diri untuk bersalam dengan yang bukan mahram pada hari raya nanti 




Tak bersalam dikata tak jaga air muka, tiada adab. Bersalam pula berdosa. Jadi apa yang kita nak buat? Tepuk dada, tanya iman ^_^. Zassss




Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari