Wednesday, 9 March 2016

Bagus Sangat ke Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee?

Rata-rata sana sini kita selalu dengar, selalu baca, selalu tengok ramai orang dok bercerita tentang ESP Shaklee. Best sangat ke ESP ni? Kat luar tu pun berlambak je air soya, sama je minum air soya mama-mana pun. Dah namanya pun soya, mestilah sama kan?

Sudah amat pasti ESP SAMA SEKALI TIDAK SAMA DENGAN SOYA LAIN DI PASARAN. Ia sangat jauh berbeza daripada segi kualiti malahan kesan dan manfaatnya pun berbeza. Eh, hebat sangat ke ESP Shaklee ni?


ESP Dikaji Secara Klinikal Oleh Saintis Sedunia


Mula-mula sekali, ESP ini bukan produk soya yang diproses di belakang rumah. Ia dimajukan dan dikaji oleh para saintis Shaklee, yang diiktiraf kepakaran mereka dalam bidang masing-masing. Dan ia bukan sekadar akuan daripada saintis Shaklee sendiri je malahan ia turut dikaji oleh saintis luar (pihak ketiga).

Nota : Terdapat banyak syarikat nutrisi tetapi hanya Shaklee yang berani meminta pihak ketiga mengkaji produk-produknya. Ini membuktikan ketelusan yang tinggi ditawarkan oleh Shaklee




ESP Produk Yang Lengkap dengan 9 Asid Amino Penting


Badan kita memerlukan protein untuk pembinaan sel yang sihat kerana protein adalah asas untuk sel. Tanpa sel yang sihat, badan kita terdedah kepada bermacam-macam risiko kesihatan seperti kanser.

Unsur protein ini terdiri daripada 21 jenis asid amino :
  • 12 unsur protein dinamakan non-essential amino acid dan ia dihasilkan oleh badan kita
  • 9 lagi dinamakan essential amino acid dan ia HANYA boleh didapati daripada pemakanan kita (badan kita tidak boleh menghasilkan essential amino acid ini).
ESP mengandungi semua 9 asid amino penting iaitu:


Jadi tak perlu pening-pening untuk dapatkan 9 asid amino penting ini. Dengan ESP anda dah dapat cukup asid amino penting yang diperlukan badan kita.


ESP Diproses Pada Suhu Yang Rendah Agar Protein Tidak Rosak


Protein sangat senang termusnah kerana ia tidak tahan dengan suhu yang tinggi. Sebab itu walaupun kita makan ayam, daging dan ikan kita masih terdedah kepada risiko tak cukup protein dalam badan. 

Protein akan musnah dalam suhu yang tinggi, lebih-lebih lagi pada suhu makanan dimasak. Dan kalau masih ada pun sisa baki protein dalam masakan, strukturnya sudah berubah kepada gumpalan-gumpalan yang sukar dihadam dan diserap oleh badan. 



Jadi dalam 100g daging yang kita makan, mungkin cuma ada 10g sahaja kandungan protein sahaja. Selebihnya sudah menjadi hampas.

Terbaiknya, protein dalam ESP tidak musnah kerana ia diproses pada suhu yang rendah supaya kandungan proteinnya kekal berkualiti dan kekal berkesan pada badan.


Apa pilihan protein anda sekarang?


Terbukti ESP Shaklee ini memang sangat bagus. Bukan semata-mata omongan kosong daripada pengedarnya. But to tell the truth, rata-rata pengedar Shaklee adalah pengguna Shaklee. Jadinya kami memang dah rasa keberkesanan Shaklee ini, sebab itu kami suka nak kongsi dengan semua di luar sana.

Dah tahu kebaikan ESP ini, dan teruja nak beli dan terus minum protein berkualiti tinggi ini? Boleh sangat dah tu. Tuan puan boleh hubungi saya melalui Whatsapp seperti nombor di bawah. InsyaAllah layanan terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya :)

Dan bulan Mac ini adalah bulan promo ESP. Beli 6 percuma 1 atau beli 2 bekas dan anda dapat diskaun 5%. Berbaloi amat tau. Dah nak masuk bulan puasa ini, anda pasti nak tenaga berpanjangan kan? ESP MESTI ADA DALAM MENU ANDA.





WA : 011-1611 1619
Jazilah Ilyas
SIDPro : 1070931
FB : Jazilah Ilyas










Share:

Sunday, 6 March 2016

Set Hamil Shaklee Bantu Kandungan Cukup Bulan

Bagi ibu yang pernah melahirkan anak pramatang, mesti ada rasa trauma apabila hamil lagi. Kan? Of course saya sangat faham sebab anak sulung saya adalah ex-prem baby 26 minggu (survive) dan anak kedua 20w (meninggal). Jadi bila nak hamil lagi terus terfikir boleh ke anak dalam kandungan survive at least sampai 37 minggu?

Masa saya hadiri kelas nutrisi Shaklee dengan Pakar Nutrisi, beliau ada tanya tentang baby prem ni. And guess what? Katanya salah satu punca bayi dilahirkan tak cukup bulan kerana ibu tidak cukup nutrisi. Telan air liur la jadinya bila dengar gitu. Rasa bersalah pada anak. Tapi berdasarkan pengalaman, saya boleh akui kenyataannya memang betul :(

Masa kandungan ketiga, serviks saya telah diikat (cervical cerclage) untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang lagi. Untuk kandungan ini saya ambil unpaid leave kerana tak boleh melasak. Duduk lama sakit, gerak lebih-lebih sakit. Jadinya banyak masa dihabiskan dengan bedrest.

Vitamin yang dibekalkan klinik kesihatan diambil secara teratur. Tang vitamin ni memang saya tak culas. Ada nyawa lain dalam perut kan? Haruslah jaga elok-elok. Aamily dilahirkan cukup-cukup bulan 37 minggu. Dilahirkan seminggu selepas cerclage dibuka dalam keadaan sihat walafiat, alhamdulillah.

Agak serik dan trauma untuk mengandung lagi sekali sebenarnya.  Tapi seronok tau ada anak kecil ni :). Semasa Aamily menjengah umur setahun setengah, saya mula kenal vitamin Shaklee. Ingatkan lepas Aamily dah takde adik lain dah tapi keadaan berubah sungguh lepas makan vitamin Shaklee. Badan rasa sangat sihat, cergas. Sakit- sakit lama makin kurang dan reda. Buasir sembuh, migrain sangat jarang kena, gastrik dah say bye bye. Siapa yang tak suka kan?

Jadinya bila badan dah rasa kuat, saya bagitau husband perancangan untuk tambah anak lagi. Hehehe.. Alhamdulillah kandungan keempat ini memang nutrisinya cukup lengkap. Protein, zat besi, asid folik, vitamin C, kalsium dan omega 3. Semuanya teratur dan lengkap.





To cut the story short, kandungan keempat ini memang lahir pada due date. Masih lagi kena cervical cerclage kerana nak mengelakkan risiko. Tempoh buka cerclage dan kelahirannya selang sebulan. Memang lama. Siap kena induce lagi sebab baby masih tak nak keluar. Seronok dok dalam perut mama agaknya.

Siapa sangka kandungan saya yang berkondisi cervical cerclage ini boleh survive sampai 40 minggu? Doktor pun sebenarnya tekejut. Kalau tak ikhtiar, kita tak tau kan?

Kawan-kawan yang pernah mengalami series of miscarriage atau ada kelahiran anak pramatang, nasihat saya ialah kuatkan diri kita dulu. Sebenarnya kita sangat kekurangan nutrisi. Pemakanan kita kurang sana sini. Tuan puan ada ambil 4-6 jenis sayur dan buah dalam diet harian? Takde kan? Sebab itu kita kena topup dengan suplemen. Bila badan dah kuat dan sihat, insyaAllah kandungan kita juga akan kuat bertahan.





=====================================================================

Jazilah Ilyas
SIDPro iReach : 1070931
Whatsapp : 011-1611 1619
FB : Jazilah Ilyas




Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari