Thursday, 12 May 2016

Cara Mudah Sejukkan Kembali AirCond Rumah

Alkisahnya aircond rumah kami dah mula tak rasa sejuk. Takkan tak sampai setengah tahun dah bermasalah kan?

Mrmandangkan cuaca pun sangat panas sekarang kami ingatkan aircond pun kurang sejuk sebab cuaca. Maklumlah bila tidur malam pun dah tak berselimut walau aircond dipasang.

Hasil google semalaman, saya bagitau encik suami untuk cuba bersihkan sendiri. Nasib baik ada tangga yang panjang, boleh panjat nak periksa keadaan aircond.

Buka je penutup aircond tu, terus rasa alahaaaaai!! Patutla aircond tak sejuk. Rupanya habuk dah penuh kat penapis luar tu. Dan patutla setiap malam saya tak selesa tidur. Hidung tersumbat memanjang.

Setiap malam kena telan Vitamin C, Garlic Complex dan Alfalfa baru lega sket. Rupanya sebab utama aircond kotor amat.


Kebaikan bawang putih


Jadinya hanya cabut penapis depan aircond tu, bersihkan habuk²nya, basuh dan keringkan. Dah kering semua pasangkan balik pada tempatnya.


Kenapa aircond tak sejuk


Daripada suhu 16°C pun tak sejuk, sekarang ni 24°C pun berselimut tebal. Siang² hari tengah panas teruk pun relax je dengan suhu 24°C tu. Mudah sangat rupanya. Cuma kena bertindak je.

So lepas ini dah boleh buat sendiri je. Agaknya kalau call orang servis tak tau la berapa pula yang kena kan? Yang penting ada alat untuk memanjat :)

Share:
Location: Kampung Belukar, Kota Bharu, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari