Wednesday, 30 November 2016

Sistem Imuniti Badan Ada 3 Lapisan

Imunisasi yang lengkap adalah sangat vital dalam era dunia kita sekarang. Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai bakteria, virus dan radikal bebas yang menyerang sistem badan kita sama ada kita sedar atau tidak.

Vaksin adalah salah satu bentuk imunisasi. Tetapi vaksin hanya bertindak terhadap penyakit yang spesifik contohnya seperti batuk kokol atau TB. Begitu juga dengan antibiotik. Setiap satunya direka khas untuk satu penyakit sahaja.

Kita perlu AKTIFKAN SISTEM IMUN untuk kukuhkan sistem pertahanan badan. Kuatkan sistem imuniti badan kita supaya apa sahaja bakteria dan virus yang masuk akan dilawan oleh sistem imuniti badan kita. Mereka takde nak pilih-pilih dah tau. Itu yang special dengan sistem imuniti badan kita.


pengedar shaklee kelantan



Sistem imuniti badan kita secara asasnya ada 3 lapisan.


pengedar shaklee kota bharu
Level 1 pertahanan badan


KULIT merupakan asas pertahanan badan. Ia akan menghalang kuman daripada memasuki badan. Ini adalah pertahan pertama. Jadi sangat penting untuk kita ada kulit yang sihat dan bersih. Komponen pertahanan utama selain kulit ialah LENDIR, AIR LIUR, AIR MATA. Nampak remeh kan? Tapi setiap satu ada fungsinya sendiri.




Suplemen Shaklee yang membantu sistem imuniti badan lapisan pertama adalah Omega Guard, Vitamin C dan ESP (protein)




Lapisan pertahanan kedua adalah SEL DARAH PUTIH, INTERFERON dan sel semulajadi badan. Bila virus dan bakteria telah melepasi sistem pertahanan awal, sel darah putih akan diaktifkan untuk membenteng diri kita daripada serangan seterusnya.

Pada peringkat ini, tanda-tanda serangan adalah keradangan. Peringkat ini perlukan Nutriferon yang membantu merangsang interferon semulajadi dalam badan. Garlic Complex juga sesuai diamalkan untuk meningkatkan antibodi badan. Ia berfungsi sebagai antibiotik semulajadi.

Peringkat pertahanan terakhir adalah sel ANTIBODI kita. Pada lapisan ini,sel akan mengenali bakteria secara spesifik dan akan mengingatinya. Jadi sekiranya bakteria dan virus yang sama masuk lagi sekali dalam badan kita, antibodi kita akan mengenalinya dengan lebih cepat.

Vivix yang mengandungi polifenol dan resveratrol yang kaya antioksidan membantu menjaga sel badan. Ia satu-satunya suplemen yang berfungsi terus ke dalam sel.




Sistem imuniti badan kita terdiri daripada sistem imuniti semulajadi dan buatan.




NUTRIFERON membantu badan kita menghasilkan sistem imuniti badan secara semulajadi dengan meningkatkan antibodi badan. Ia membekalkan interferon secara semulajadi pada badan kita. Bila antibodi badan lebih kuat, serangan virus dan bakteria lebih mudah dihapuskan.








Whatsapp Kak Jaz untuk sebarang produk Shaklee :)


pengedar shaklee pengkalan chepa

Share:

Monday, 28 November 2016

Rancangan Cuti Sekolah - Misi Kenal dan Lancar Muqaddam

Perlu kenal dan dapat baca Quran dengan lancar

Kak Jaz aim sepanjang cuti sekolah ni Akram dan Aamily akan dapat kenal semua huruf jawi dan dapat baca Quran dengan lancar.

Si abang banyak dah hafaz surah-surah kecik, tapi kurang mengenal. Jadinya dalam cuti sekolah ni rancangannya nak make sure dia dapat kenal semua.


quran kecik



Kalau ikut pengalaman ajar adik-adik dulu, seminggu dua pasti dah boleh lancar. Cuma dengan anak-anak kecil ni memang kena saaaangat sabar.

Maklumlah banyak ceritanya.

Tengah mengaji rasa mengantuk. Tengah mengaji teringat nak cerita itu ini. Tengah mengaji gatal sana sini.

Besar dah Akram ni. Tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Lambat dia mengenal?

Takpe.. Kak Jaz memang tak tekan anak-anak. Tapi perlu pastikan mereka tak tertinggal jauh.

Ini saham akhirat kami suami isteri. Moga Allah permudahkan urusan dan tingkatkan kesabaran Kak Jaz sepanjang mengajar. Maklumlah mamanya ni memang garang.

Sebelum tengah bulan 12 ni jugak insyaAllah nak khatankan Ahmad Akram. Sekarang masih survey-survey klinik berdekatan.

Doakan rancangan kami lancar semuanya ya kawan-kawan :)


Share:

Tuesday, 22 November 2016

Tingkatkan Imuniti Badan Supaya Boleh Lawan Virus dan Bakteria

Dalam banyak-banyak vitamin yang selalu diambil, ada satu vitamin yang paling tak boleh nak tinggal.

The very at least yang Kak Jaz akan ambil setiap hari ialah VITAMIN C. Same goes to anak² dan suami - walau sokmo la suami termiss makan vitamin kalau x suap.

Pagi tadi ambil Nutriferon sekali. Sebab Aesha agak panas badannya. InsyaAllah dia akan dapat kebaikan melalui susu ibu.

Kenapa beria sangat makan VITAMIN C?


pengedar shaklee kota bharu
SR Vitamin C


MESTI SEBAB VITAMIN C PENTING UNTUK DAPAT KULIT CANTIK, kan?

Well.. kulit bersih dan cantik is another story, yang paling penting kami makan VITAMIN C untuk TINGKATKAN IMUNITI BADAN.

Antara tanda imuniti badan kita rendah apabila kita dan anak² kerap sakit. Setiap bulan pasti demam, setiap bulan pasti selsema.

Adakah kita sedar akan situasi ini?

Badan kita ni Allah cipta unik sangat. Ia ada benteng pertahanan sendiri. Tapi apa jadi bila persekitaran kita semakin kotor dan tak sihat?

Apabila imuniti badan kita kuat, apa sahaja bakteria dan virus yang masuk dalam badan akan dilawannya. Ia takde nak pilih-pilih bakteria mana yang perlu dilawan.

Tidak seperti antibiotik yang berkesan hanya untuk serangan bakteria atau virus tertentu sahaja.

Bantu diri kita untuk tingkatkan imuniti supaya segala kesakitan dapat diminimakan.

Ataupun sebenarnya kita suka jika selalu sakit?

Tepuk dada, tanya akal, tanya iman.

Antara suplemen yang ada di rumah kami yang perlu untuk tingkatkan imuniti badan ialah (selain SR Vitamin C)


tingkatkan imuniti
Nutriferon


tingkatkan imuniti
Garlic Complex


tingkatkan imuniti
Omega Guard


tingkatkan imuniti
Meal Shakes Untuk Permata Hati


tingkatkan imuniti
Carotomax


Jika anda mahukan perlindungan untuk diri dan orang tersayang, boleh whatsapp Kak Jaz untuk details


pengedar shaklee kubang kerian

Share:

Perisai Untuk Suami yang Selalu Outstation

Last week husband ada mengadu tak sedap badan. Nak demam. Risau juga hati.

Dia kerja tak tentu masa. Setiap hujung minggu outstation. Meeting setiap minggu. Drive sana sini sorang diri.

Mau tak risau bila dok kata nak demam, nak demam. Pasti badan dah penat. Umur pun bukan muda dah.

Vitamin C dia dah biasa makan. Kak Jaz bagi dia cuba Nutriferon. Bancuh dalam air sket dan bagi dia minum.


Nutriferon meningkatkan imuniti badan


Memula bila tengok warna air tu, terus tutup hidung. Ingat cam warna air jamu akar kayu la tu.

Hesh! Xde bau apa pun Nutriferon ni. Masa Aesha naik rashes teruk pun Nutriferon ni la yang Kak Jaz bagi.

Dah kena bebel, maka elok je dia telan Nutriferon ni. Alhamdulillah nampak OK. Sistem imun badan insyaAllah akan meningkat.

Musim² hujan ni elok sangat ada Nutriferon ni kat rumah. Buat bekalan kalau² anak demam atau sakit.


Nutriferon RM181.25 - 30 sachet


Takde rasa pahit pun. Cam minum air kosong je

Sama-sama kita tingkatkan imuniti badan orang tersayang



Nak dapatkan Nutriferon untuk keluarga anda? Boleh whatsapp Kak Jaz untuk details.


pengedar shaklee pengkalan chepa

Share:

Monday, 21 November 2016

Moment Indah Seorang Mama

Moment indah seorang mama bila mana anakanda sulung dah boleh adapt dgn suasana sekolah 😂😂

Kalau tak, risau jela kita ni. Nak tunggu tak boleh. Hahaha.. Even 1st day pun xleh tunggu tau.

Day by day month nampak perubahan positif. Makin senang nak dikejutkan ke sekolah.


Anak sulung mama 💕


Walau ragamnya boleh buat darah mama menggelegak, tapi dialah racun, dialah penawar.

Bak kata papa "nyawa mama ni ha". Maklumlah..hero sorang kan 😉

Mama lupakan waktu pantang 6 tahun dulu Ahmad Akram. Demi kamu seorang anak. Setiap hari 2 kali sehari ke NICU Hospital Putrajaya mama hadir tanpa jemu untuk jumpa kamu. Untuk usap, pegang, bagi semangat.

Kejap je masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk tahun 1.

Kerana kamu mama kenal dan jatuh cinta dengan bisnes sekarang. Kerana kamu..

Moga hero nan sorang ni terus gemilang dan jadi insan soleh, berguna untuk agama dan bangsa

Coretan rasa,
Mama yang sentiasa menyayangimu 💓

Share:

Monday, 14 November 2016

Titik Titik Titik Sayur Layu Kembali Segar

Kita biasanya shopping seminggu sekali kan? Jadinya segala stok lauk dan sayur kita simpan dulu dalam peti ais.

Tapi, bila lama-lama dok dalam peti ais, sayur jadi tak berapa segar dah. Nampak kuning, nampak layu.

Semalam masa nak masak sayur air, tengok-tengok sawi ni dah tak bermaya je. Kita tengok pun sedih.

Kak Jaz teringat perkongsian kawan-kawan apabila sayur mereka layu. Jadi, since ekstrak jadung dan kelapa ni memang dah ada kat rumah, gunakan ia. Hehehe

Titik Basic H setitik dua, rendam kejap dan tengok hasilnya. Sayur dah bersih dan kembali segar. Seronok Kak Jaz tau. Puas hati kan?


cara segarkan sayur
Sayur kembali segar lepas rendam dalam air + Basic H


Multipurpose sungguh Basic H ni. Apa sahaja kerja boleh guna Basic H ni. 

Selamat ke?

Of course! Ia selamat tanpa bahan kimia berbahaya. Diperbuat daripada tumbuhan, tu yang best. Tanpa fostat dan tidak bertoksik.

Wajib ada sebotol kat rumah ni tau. Tak mahal pun. Hanya RM46.00 untuk 16oz yang boleh hasilkan 48 gelen bancuhan yang selamat dan berkuasa.

Tak percaya? Cubalah!


pengedar shaklee pengkalan chepa

Share:

Masalah Ibu Menyusu Yang Membimbangkan!

3 tahun lepas, almost setiap kali selepas menyusukan Aamily tangan dan badan Kak Jaz akan terketar-ketar. Bukan sebab penyakit tau,tapi sebab lapar dan dahaga.

Serius lapar dan dahaga bila menyusukan anak ni lain macam sket. Mak-mak menyusu je faham peel nan satu ni.

Akibatnya makan dan minum ikut suka hati. Tak menentu dah.

Akibat makan dan minum tak menentu ni, BADAN JADI GEMUK!

Haa mula la stress. Jadi tak berapa nak keluar rumah. Malas nak ke mana-mana sangat. Baju pun banyak yang dah simpan dalam beg, letak hujung sebab dah tak boleh pakai 



pengedar shaklee kota bharu


Sampai bila nak kekal begini?

Kalau ketat sangat diet, bekalan susu anak akan merudum. Makanan adalah sumber tenaga penting yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Kak Jaz buat sedikit pencarian dan pembacaan, akhirnya decided nak cuba ESP. Itupun rasa sedikit yakin sebab lepas bagi Akram cuba Mealshakes,sembelitnya hilang! So suplemen jenama ni mesti walk the talk.

Amazing! Minum je ESP shaking selepas menyusu hilang camtu je. Wahhh!! I'm a happy mama la. Lepas tu mula lebihkan pembacaan dan dapat tahu bahawa ESP membantu untuk kurus! Dan ya, it really works.

Dengan gabungan ESP + Omega Guard + Alfalfa Complex, Kak Jaz hilang berkilo-kilo berat badan yang terlebih tu:)

Masalah lapar dah hilang. Dan masalah sakit abdomen bertahun-tahun bermula daripada Kak Jaz buat cervical cerclage juga hilang camtu je.

I'm killing more than 2 birds with a stone.

Oh ya, sepanjang mengandungkan Aesha (adik Aamily), tiada stretch mark baru yang timbul sepanjang hamil. Badan pun bertenaga je. Buat kerja cam gaya orang tak hamil pun ya tau. Memang lain macam.

So camana Kak Jaz tak sayang sangat dengan ESP Shaklee ni? Ia dah baaaanyak sangat bantu Kak Jaz untuk kembali jalani hidup yang ceria 


suplemen kulit cantik


Sekarang pun masih setia minum ESP almost setiap pagi. Maklumlah nak kurus + sedang menyusukan Aesha. Tenaga wajib tiptop la kan?

Ada ibu-ibu yang ada masalah cam Kak Jaz ni? Haaa..cuba ESP ni. InsyaAllah takde dah shaking shaking tu semua.

Tak percaya?Cubalah!



pengedar shaklee pengkalan chepa

Share:

Sunday, 13 November 2016

Bisnes Shaklee Ini Untuk Kamu Semua

"Abg tak nak kawan ngan mama la, mama takde duit. Abg nak kawan ngan papa je"

"Eh jangan cakap camtu bang. Nanti mama tu banyak sgt duit. Kita mintak duit mama nanti"

Jujurnya Kak Jaz ni jarang nak ambil kisah kalau orang nak kutuk ke apa. Jika yakin dan pasti apa yang Kak Jaz buat ni betul, Kak Jaz akan terus buat.


Tapi last few days si hero nan sorang tu selamba dia je kutuk mama. Eh eh anak.. suka suki je mulut tu ye.

Kita marah dia, dilasernya balik kita ni ha.

Nasib suami ai support. Hahaha

Dia tak pernah kecilkan impian Kak Jaz. Bila setiap bulan dapat bonus, dia yang tolong teruja.

"Wahh!! Duit dah banyak!"

Alhamdulillah sentiasa ada support daripada si dia. Walau dia masih banyak taktau pasal vitamin² ni semua, tapi kalau masa takde bajet Kak Jaz mintak dia beli, dia belikan jer.

Siapa yang tak nak isteri dan anak² sihat kan? Agaknya serik kot dulu isteri sokmo sakit. Hihihi

Sekarang ni Kak Jaz dah start gear 3. Sedang menuju gear 4 dan 5 untuk bina empayar kami. EMPAYAR KAMI tau, bukan yang Kak Jaz sorang.


Pendorong bisnes mama :)

Latest by 2019 Kak Jaz mesti dah gemilang dalam Shaklee. Moga Allah mudahkan.

Oh lupa, supporter kuat Kak Jaz sorang lagi. Si adik manis Rabihah Ilyas. Jadi tempat luahan rasa juga. Hihihi.. Thanks for being there for me. Selalu bagi kata² semangat kat Kak Long dia ni ha

So another 3 years to fight ya. Never give up Jazilah Ilyas!

Kawan-kawan tolong doakan kejayaan Kak Jaz juga ya :)

Kalau ada yang nak dapatkan produk-produk Shaklee, boleh whatsapp Kak Jaz okeh. Ataupun yang nak beli vitamin Shaklee tapi kurang bajet, meh whatsapp Kak Jaz. Nanti kita bincang caranya




Share:

Saturday, 12 November 2016

Tips Redakan Demam Anak

Kita ni kan bila anak demam, risaunya lain macam. Mula la episod tak lena tidur. Kejap² bangun check suhu anak. Risau takut terlampau panas.

Kalau anak demam elakkan terus bagi ubat, kecuali demam yang sangat panas. Jika demam ringan, monitor keadaan anak dan cuba sejukkan badan anak.

Masa demam tu, antibodi badan anak tengah melawan virus tersebut. Biarkan antibodi mereka bekerja.

Tapi jika high fever, kena terus bagi ubat. Kita risau anak kena fit pula nanti.




Tips yang paling penting semasa anak demam ialah jerlumkan badan anak. Lap seluruh badannya terutama di celah² pelipat. Ini bertujuan untuk mengurangkan haba panas tersebut.

Jika terlalu panas, kena mandikan anak. Teringat dulu masa Kak Jaz warded, Akram pula demam panas. Di ED tu doktor terus suruh tokmanya mandikan Akram.

Sekarang kalau anak² demam, Kak Jaz mandikan mereka dengan air Basic H. Hanya 2 3 titik sahaja dan dicampur dalam sebaldi air.

Sentiasa basahkan kepala anak. Jangan biarkan anak kepanasan.

Pastikan anak sentiasa minum air. Kita tak nak cecair dalam badan anak berkurangan. Beri air kosong atau Performance Drink. Ia adalah air tenaga yang tidak bergas. Jangan bagi air bergas pada anak.


performance drink shaklee


Pakaikan baju yang nipis. Kebiasaannya anak akan kesejukan dan meminta selimut yang lebih tebal tapi kena elakkan. Jika terlalu sejuk selimutkan anak dengan selimut yang nipis.

Kak Jaz juga amalkan penggunaan Herbal Blend jika anak demam. Lumurkan badan anak dengan HB. Ia bagus kerana tidak berminyak dan melekit serta boleh menjadi ejen penyejuk badan.


herbal blend shaklee
Herbal Blend Shaklee RM27.50


Selain itu, kita boleh gunakan bawang merah. Belah dua atau tiga bawang merah dan letakkan di sekitar anak.

Baunya memang cukup kuat. Kena sabar. Fungsi bawang merah ini adalah untuk menarik virus dan bakteria di kawasan sekitar.

Selain home remedies ini semua, Kak Jaz sangat galakkan kita bagi vitamin dan suplemen pada anak² untuk meningkatkan immune badan mereka.

Jika sesekali sahaja mereka demam, itu memang normal. Tapi jika terlalu kerap, antara sebabnya adalah imuniti badan yang rendah.


nutriferon


Jika mama berminat untuk mendapatkan suplemen dan vitamin untuk anak-anak kecil, boleh whatsapp Kak Jaz untuk details ya



Share:

Kenali Pengasas Shaklee ~ Dr Forrest C Shaklee

Beliau bermula dengan bidang nutrisi kerana penyakit zaman kanak-kanaknya. BATUK KERING a.k.a TB. Dan doktor andaikan beliau hanya dapat bertahan sehingga umurnya 8 tahun!

Lantas beliau dibawa keluar dan tinggal di kawasan luar bandar Iowa. Persekitaran yang sihat dengan makanan berkhasiat menjadi pilihan beliau dan keluarga pada masa itu.

Membesar dalam suasana alam semulajadi membuahkan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan nutrisi. Beliau memilih untuk menjadi chiropractic practitioner.

Beliau ialah Dr Forrest Clell Shaklee


dr forrest Shaklee
Pengasas Shaklee


Beliau tidak menentang perubatan moden, tetapi percaya nutrisi yang lengkap sangat penting kerana ia berupaya mencegah dan merawat daripada akar umbi,berbanding dengan ubat yang hanya menghentikan sesuatu simpton, bukan merawat puncanya.

Antara falsafah pentingnya ialah Living in Harmony with Nature




Pada tahun 1915, beliau telah mencipta Vitalized Mineral. Ia kini dikenali sebagai Vitalea yang merupakan multivitamin lengkap dalam Shaklee. Dah ada stok kembali ni tau.

Beliau juga pernah didiagnose KANSER. Tapi beliau kekal positif dan berikhtiar dengan segala nutrisi suplemen semulajadi dan alhamdulillah, akhirnya disahkan bebas kanser.

Sebenarnya, apabila kita berada dalam kesulitan, akan sentiasa ada peluang lain yang muncul. Kerana kesakitannya semasa kecil, kita sekarang sedang menikmati nutrisi brkualiti yang lengkap daripada alam semulajadi.

Mari kita sama-sama sebarkan kebaikan vitamin semualajadi Shaklee.

Jika anda nak makan suplemen dan vitamin, PASTIKAN IA ADALAH VITAMIN SHAKLEE


PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU

Share:

Wednesday, 9 November 2016

Betul Ke Semua Orang Kena Detox?

Pernah tak korang buat DETOX? Perlu ke buat detox? Atau ini cuma poyo je?

Selalu kan kita baca orang dok berdetox sana sini. Nampak cam penting je kan? Tapi betul ke penting?

Cuba jawab soalan-soalan dalam list ini :
  • Adakah badan selalu sangat letih lesu?
  • Adakah anda selalu moody? Cepat stress?
  • Adakah kita selalu sangat sakit? Demam,selsema sebagai contohnya
  • Adakah bila kita sakit, ia lambat untuk sembuh?
  • Makan dah banyak,tapi kenapa badan tetap kurus keding? Adakah betul metbolisma kita tinggi?
  • Dah berdiet segala bagai, tapi kenapa berat tak juga kurang-kurang dan tak slim?
  • Selalu sangat teringin makanan dan minuman manis
  • Environment yang tak berapa bersih. Pegi kerja dengan asap kenderaan, asap rokok dan debu segala.

Ada tak memana soalan dalam list ni tersangkut kat korang? Ke dok ehh yela.. Eh yela.. Hehehe

Kalau ada salah satu pun dah sewajarnya kena detox, apa lagi kalau kebanyakan jawapannya adalah YA.

Apa kesan bila kita buat DETOX ni?

Ia akan jadi jawapan kepada setiap soalan di atas. Bila kita dah detox, badan akan rasa lebih bertenaga dan segar.

Ada yang pertikai katanya dah jaga pemakanan semua, jadi tak perlu DETOX dah. Mungkin mereka tak sedar udara kita sekarang dah tak berapa sihat. Kecuali kita memang dok kampung yang di kelilingi pokok-pokok hijau dan tak/jarang sangat keluar ke kawasan lain.

Banyak yang perlu kita detox. Antara yang utama adalah USUS. Usus adalah tempat penyerapan segala nutrien. Cuba bayangkan kalau usus kita sangat kotor, bagaimana nutrien nak diserap dan dihantar ke tempat yang memerlukan?

"Oh no wonder la makan segala vitamin tapi susah sangat nak nampak kesan"

Pernah alami situasi di atas? Jika YA, maka ANDA WAJIB DETOX.

Bagaimana nak detox? InsyaAllah hari ni Kak Jaz boleh bantu anda.

Nak kurus tak? ANDA WAJIB DETOX

Tengok perkongsian kawan-kawan Kak Jaz ni. Kesan positif ini mereka dapat selepas berdetox






Kalau nak jadi cam diorang, whatsapp Kak Jaz untuk Set Detox anda :)




Share:

Pengedar Shaklee Wajib Khatam Buku Ini!

Ini buku terakhir yang Kak Jaz baca semalam. Almost setiap hari mesti belek baca buku ni.


Sebabnya Kak Jaz nak pastikan ilmu nutrisi ni sentiasa segar dalam ingatan.




Jadi bila orang tanya nak makan vitamin apa jika nak nampak muda rasa muda jadi muda, Kak Jaz boleh terus automatik cadangkan Vivix dan Shaklee Collagen Powder (sebagai contoh)




Dalam buku ini ada info lengkap tentang semua produk Shaklee. Apa bahan² yang digunakan, apa kesan makan suplemen dan banyak info² kesihatan. Complete tau.

Nak consult prospek, kena ada segala info² kesihatan ini. Nak jadi pengedar Shaklee yang berjaya kena hadam segala manfaat produk.

InsyaAllah Kak Jaz selalu banyakkan pembacaan supaya Kak Jaz dapat berikan consultation terbaik untuk customer Kak Jaz.

Oh ya, antara sumber pembacaan Kak Jaz juga adalah www.webmd.com

Jika anda masih dok cari info pasal suplemen Shaklee, boleh whatsapp Kak Jaz untuk info lanjut :)



Share:

Hotel 3 Bintang Tip Top Di Kuala Terengganu

2 hari lepas Kak Jaz ikut suami mesyuarat. Dari Bentong ke Kuala Terengganu. Boleh tahan penatnya badan seharian dalam kereta dengan 3 anak-anak kecil. >_<

Kami sampai Kuala Terengganu dah hampir 2 pagi. Mana nak cari hotel yang affordable tapi selesa? Terus Kak Jaz google hotel sekitar Kuala Terengganu dan tertarik dengan satu hotel ni, J Suite Hotel.




Guna www.booking.com kami review sekejap. Harga pun cuma RM108 untuk Deluxe Double Room. Kira okay jela ni. Takmau dah nak belek sana sini sebab badan dah penat sangat.

So terus book dekat www.booking.com, masukkan segala info dan setel. Within 5 minutes kami dah sampai depan hotel ni. Tengok sekilas nampak biasa je.

Tapi bila masuk dalam bilik, Kak Jaz senyum. Nampak seperti bilik mewah. Dan katil yang besar. Kira kami boleh tidur la 5 beranak atas satu katil ni. Hehehe




AdaTV yang berfungsi, aircond yang elok dan bilik mandi yang sangat selesa. Bagi kami suami isteri, dengan harga RM108 dan dapat bilik camni dah rasa sangat-sangat puas hati. Anak-anak seronok aje, memang suka sangat kalau dapat tidur kat hotel. :)

So relax-relax semalaman. Esoknya pukul 12 tengah hari kami check out dan dapat balik deposit RM50.00




Hotel 3 bintang ini really recommended untuk yang nak stay kat bandar Kuala Terengganu. Dekat dengan Pasar Payang yang famous tu.

Alhamdulillah memang kami sangat-sangat puas hati dengan kualiti bilik hotelnya :)

Recommended!
Share:

Saturday, 5 November 2016

Pengedar Shaklee Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum..

Oghe Kelate hok nak make dan amal vitamin Shaklee buleh pakat whatsapp Kak Jaz untuk order deh. Kak Jaz ado di Kota Bharu. Sene cerito Kak Jaz ialah PENGEDAR SHAKLEE KOTA BHARU dan kawase sekitarnya ^_^


kota bharu


Nak vitamin gapo? Oyak jah untuk gapo nati Kak Jaz boleh cede hok sepatutnya.


  • Nak kurus? - ado
  • Nak comel? - ado
  • Nak kontrol gulo dale daroh? - ado
  • Nak kontrol darah tinggi? - ado

Banyok lagi ni. Oyak jah untuk gapo





Bakpo keno pilih Kak Jaz kalu nak beli vitamin nga produk Shaklee ni?

1. Kak Jaz sokmo gi kelas nutrisi. Sangat la jare skip kelas hok buat tiap-tiap bule tu kecuali ado hal hok xleh elak. Jadinya pengetahuan pasal Shaklee ni insyaAllah tiptop

2. Kak Jaz aktif berShaklee. Full time la sene ceritonya. Jadinya kalau nak tau pasal Shaklee tu buleh sangat-sangat la deh.

3. Kak Jaz ado group support hok sangat la awesome. Dale group tu ado belako. Doktor, misi, pharmacist, engineer, lecturer, cikgu dan mace-mace lagi. Jadi kalu Kak Jaz xtau gapo-gapo, buleh direct tanyo jah insyaAllah.

4. Nak Kak Jaz anta vitamin pun buleh. Tapi hok dekat-dekat la deh. Hihi. InsyaAllah buleh consult depe-depe:)

Jadinyo oghe Kelate, terutamanya hok dok Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian tu buleh la whatsapp Kak Jaz untuk tau pasal suplemen Shaklee ni deh. Nak nego Shaklee ni pun sangat la dialukan.

Pah kalu dok luar Kelate lagu mano? Eh buleh jah contact Kak Jaz. Pah kita post la suplemen tu. Consultation melalui whatsapp. Takdok masalah pun

Contact Kak Jaz deh :)


pengedar shaklee pengkalan chepa





Share:

Cerita Anak Pramatang Sembelit Teruk

Relax je nampak hero Kak Jaz ni kan? Siapa sangka dia dulunya anak ex-prem yang dilahirkan seawal 26 minggu dengan hanya 805g?



Almost 4 bulan hero ni dok NICU Hospital Putrajaya. Series of warded juga :(

Antara masalah dia bila dah besar sket adalah sembelit dan kerap muntah. Sembelit dia memang bukan main².

Bila nak membuang tu, meneran sampai merah muka. Kadang sampai menangis. Mama pun nangis sama :(. Nyorok belakang kerusi la apa la.. sebabnya tak nak bagi orang tengok dia tengah meneran kesakitan tu.

Doktor bagi Lactulose. Memang setiap hari kena masukkan Lactulose dalam susu dia tapi takde improvement.

Lama dia suffer sembelit ni. Kak Jaz dok fikir sampai bila hero ni nak bergantung pada ubat? Dahla masa kecik² tu taktau banyak mana ubat dah masuk dalam badan dia.

Tapi sekarang keadaan kesihatan dia alhamdulillah sangat OK. Takde dah sembelit cam dulu. Demam pun jarang². Tonsil pun manageable. Alhamdulillah 

Nak tau apa yang Kak Jaz ikhtiar untuk redakan semua sakitnya? 



Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari