Wednesday, 9 November 2016

Hotel 3 Bintang Tip Top Di Kuala Terengganu

2 hari lepas Kak Jaz ikut suami mesyuarat. Dari Bentong ke Kuala Terengganu. Boleh tahan penatnya badan seharian dalam kereta dengan 3 anak-anak kecil. >_<

Kami sampai Kuala Terengganu dah hampir 2 pagi. Mana nak cari hotel yang affordable tapi selesa? Terus Kak Jaz google hotel sekitar Kuala Terengganu dan tertarik dengan satu hotel ni, J Suite Hotel.




Guna www.booking.com kami review sekejap. Harga pun cuma RM108 untuk Deluxe Double Room. Kira okay jela ni. Takmau dah nak belek sana sini sebab badan dah penat sangat.

So terus book dekat www.booking.com, masukkan segala info dan setel. Within 5 minutes kami dah sampai depan hotel ni. Tengok sekilas nampak biasa je.

Tapi bila masuk dalam bilik, Kak Jaz senyum. Nampak seperti bilik mewah. Dan katil yang besar. Kira kami boleh tidur la 5 beranak atas satu katil ni. Hehehe




AdaTV yang berfungsi, aircond yang elok dan bilik mandi yang sangat selesa. Bagi kami suami isteri, dengan harga RM108 dan dapat bilik camni dah rasa sangat-sangat puas hati. Anak-anak seronok aje, memang suka sangat kalau dapat tidur kat hotel. :)

So relax-relax semalaman. Esoknya pukul 12 tengah hari kami check out dan dapat balik deposit RM50.00




Hotel 3 bintang ini really recommended untuk yang nak stay kat bandar Kuala Terengganu. Dekat dengan Pasar Payang yang famous tu.

Alhamdulillah memang kami sangat-sangat puas hati dengan kualiti bilik hotelnya :)

Recommended!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari