Monday, 28 November 2016

Rancangan Cuti Sekolah - Misi Kenal dan Lancar Muqaddam

Perlu kenal dan dapat baca Quran dengan lancar

Kak Jaz aim sepanjang cuti sekolah ni Akram dan Aamily akan dapat kenal semua huruf jawi dan dapat baca Quran dengan lancar.

Si abang banyak dah hafaz surah-surah kecik, tapi kurang mengenal. Jadinya dalam cuti sekolah ni rancangannya nak make sure dia dapat kenal semua.


quran kecik



Kalau ikut pengalaman ajar adik-adik dulu, seminggu dua pasti dah boleh lancar. Cuma dengan anak-anak kecil ni memang kena saaaangat sabar.

Maklumlah banyak ceritanya.

Tengah mengaji rasa mengantuk. Tengah mengaji teringat nak cerita itu ini. Tengah mengaji gatal sana sini.

Besar dah Akram ni. Tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Lambat dia mengenal?

Takpe.. Kak Jaz memang tak tekan anak-anak. Tapi perlu pastikan mereka tak tertinggal jauh.

Ini saham akhirat kami suami isteri. Moga Allah permudahkan urusan dan tingkatkan kesabaran Kak Jaz sepanjang mengajar. Maklumlah mamanya ni memang garang.

Sebelum tengah bulan 12 ni jugak insyaAllah nak khatankan Ahmad Akram. Sekarang masih survey-survey klinik berdekatan.

Doakan rancangan kami lancar semuanya ya kawan-kawan :)


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari