Tuesday, 6 December 2016

Bukan Kehendak Dia Hidungnya Jadi Begitu

Moment indah seorang mama bila mana anakanda sulung dah boleh adapt dgn suasana sekolah. Kalau tak, risau jela kita ni. Nak tunggu tak boleh. Hahaha.. Even 1st day pun xleh tunggu tau.


Ex-prem 26w real fighter


Day by day month by month nampak perubahan positif. Makin senang nak dikejutkan ke sekolah. Walau ragamnya boleh buat darah mama menggelegak, tapi dialah racun, dialah penawar.

Pejam celik pejam celik tamat setahun dia bersekolah di PASTI. Dah boleh membaca, dah mengenal dan pandai bersosial. Alhamdulillah

Bak kata papa "nyawa mama ni ha" 

Iye dia nyawa mama. Mama lupakan waktu pantang yang betul 6 tahun dulu Ahmad Akram. Demi kamu seorang anak. Setiap hari 2 kali sehari ke NICU Hospital Putrajaya mama hadir tanpa jemu untuk jumpa kamu. Untuk usap, pegang, bagi semangat, bagi susu.

Kejap je masa berlalu. Tahun depan dah nak masuk tahun 1. Hari Jumaat ini nak disunatkan :)

Day by day, ada kerisauan di hati kecil Kak Jaz tentang kondisi hidungnya. Kids love to ask around. Cuma kami tak tau adakah dia mampu tahan emosinya bila orang tanya pasal hidungnya.

Seawal seminggu dia dalam NICU Hospital Putrajaya 6 tahun dulu, kami perasan hidungnya luka. Ia akibat CPAP yang digunakan untuk memastikan saluran pernafasannya terbuka. Malangnya kerana selalu dibetulkan, kulit dan isi di depan hidungnya tercabut.




Ketika dia berumur 4 tahun, kami hantar dia ke PASTI untuk berkawan-kawan. Seminggu bersekolah tiba-tiba dia demam dan terus tidak mahu ke sekolah. Kami bertanya sebabnya tapi dia refuse untuk jawab.

Akhirnya persoalan kami terjawab bila dia bercerita pada bapa saudaranya ada kawan yang tanya pasal hidungnya. Dia sangat sensitif! Dan air mata mama bergenang setiap kali ingatkan peristiwa-peristiwa ini.

Kadang-kadang bila dia berdiri di depan cermin, dia akan datang pada kami dan bertanya kenapa hidungnya begitu begini. It hurts me badly, dan dia lebih-lebih lagi.:(

Mengikut doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur, sebarang pembedahan membetulkan kembali hidungnya hanya boleh dilakukan bila dia mencecah usia 17-18 tahun. Still a long journey to go abang.

Kak Jaz sangat harapkan dia tabah. Kak Jaz sangat harapkan dia kuat. Kak Jaz sangat harapkan dia mengerti.

Jika kanak-kanak yang bertanya itu ini, kami memang boleh faham. Budak-budak kan. Naluri ingin tahu mereka memang tinggi.

Tapi jika yang dewasa bertanya tanpa adab, mempermainkan kekurangan fizikalnya memang tiada maaf baginya. Mungkin anda tertanya-tanya ada atau tidak manusia begini?

Ye memang ada. Dan jika anda berada di tempat kami, apa yang anda buat? Kekurangan ini bukan pintanya. Ia terjadi kerana kecuaian mereka di sana suatu ketika dulu. Walaupun mereka menafikannya, walaupun mereka tidak mengakuinya dan berlepas tangan daripada segalanya.

Moga bila tiba masa untuk membetulkan semua ini, kami sudah sangat mampu segala-galanya. InsyaAllah. Sebab itu sekarang Kak Jaz bersungguh-sungguh berbisnes. Kerana peluangnya lebih cerah dan terjamin.

Dan jika ada yang menyakiti anak kecil kami sedangkan anda lebih berakal, anda sebenarnya hanya mencari masalah. Noktah



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari