Saturday, 31 December 2016

Zikir Penenang Hati

Istighfar setiap masa untuk ketenangan hati yang luar biasa

Banyak sangat amalan yang dianjurkan pada kita hingga kadang-kadang tak tau nak amal yang mana. Banyak sangat sampai boleh kelirukan kita, akhirnya tiada satu pun yang dibuat.

Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim

Ungkapan seringkas ini boleh membawa impak yang sangat besar pada diri kita. Alhamdulillah ungkapan ini antara amalan yang Kak Jaz amalkan secara konsisten.




Hati yang gundah mudah tenang. Jiwa yang serabut akan mudah sejuk.

Sebagai hamba yang selalu melakukan dosa, istighfar adalah tanda kita sentiasa memohon keampunan daripadaNya.

Mudah je kan istighfar ni? Tapi impaknya cukup besar.

Allah berfirman bahawa Dia akan sentiasa mengampunkan hambaNya jika kita selalu meminta padaNya.

Kita takkan dapat lari daripada melakukan dosa. Nama pun manusia. Sentiasa lupa dan leka.

InsyaAllah, dengan amalkan istighfar hati kita akan tenang, menjadikan kita lebih waras dalam kehidupan seharian.

Astaghfirullahal'azim

Ampunkanku ya Allah
Maafkanku ya Allah
Terimalah taubatku ya Allah

Bila hati tenang, rezeki pun mudah masuk. Tak percaya? Kena cuba tau


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, atau nak dapatkan produk-produk Shaklee boleh whatsapp Kak Jaz untuk sebarang pertanyaan :)



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari