Monday, 17 April 2017

Mop Lantai Tanpa Perlu Bilas

Assalamualaikum wbt

Kak Jaz baru selesai mop satu rumah. Phuh! Lenguh jugak rasa tangan ni ha. Datang angin nak mengemop hari ni, habis semua tempat dimop. Berapa kali korang mop lantai rumah dalam seminggu?

Bila ada anak kecil, lantai yang bersih ni dah jadi satu kewajipan. Takdelah kata sepanjang masa berkilat tapi kena pastikan ia bersih.


Basic H, multipurpose cleaning, pembantu surirumah, pencuci serba guna, mop lantai, pencuci tingkap, cuci sayur, cuci kasut, mandian


Maklumlah, kejap-kejap diorang berguling atas lantai. Jenguk lagi sekali meniarap pula. Takkan kita sanggup nak tengok anak meniarap bermain atas lantai yang tak bersih kan? A big no la kan.

Dulu masa anak-anak dalam proses meniarap dan mengutip barang-barang, memang hampir setiap hari Kak Jaz mop lantai. Si adik meniarap dan mengeseot, si abang tukang sepahkan. Kadang air tumpah bagai, wajib la mop hari-hari.

Satu perkara yang buat kita tak berapa rajin nak mengemop - kena bilas lepas mop. Means kena buat 2 kali. Tambah jika ada anak kecik. Risau jugak dengan bahan dalam cecair pembersih tu. Nak-nak yang guna clorox, phuh!! Bahaya!

Kerja mengemop Kak Jaz sekarang mudah dah. Takde dah mop dan bilas sejak guna pencuci serba guna Basic H. Sangat mudah. Memang tak perlu bilas pun sebab takde bahan berbahaya dalam tu.

Kalau rendam buah dan sayur pun boleh guna Basic H, pastilah ia saangat selamat kan? Bukan takat selamat tapi pelbagai guna lagi.




Cam pagi ni bila Kak Jaz mop lantai. Kak Jaz masukkan 3-4 titik Basic H dalam spray. Lepas dah sapu lantai semua Kak Jaz terus spray atas lantai tu. lepas tu terus mop dengan mop yang dah sedikit lembap.

Masa dok spray lantai tu, lalu tepi langsir. Haa..langsir pun Kak Jaz spraykan. Tingkap pun sama. Bila dah pelbagai guna camni sangat la memudahkan kerja kita sebagai surirumah ni. Tak perlu nak guna 2-3 pencuci untuk kerja rumah yang berbeza.

Basic H ni takde bau wangi cam penyembur lain. Bau natural je. Ia merupakan ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. So safe yet effective.

So mommies, kalau nak kerja rumah smooth je tanpa perlu buat kerja 2-3 kali, meh dapatkan sebotol Basic H ni yang pastinya tahan berbulan-bulan. Boleh wassap Kak Jaz untuk belian Basic H yang serbaguna ini ^_^

Sangat jimat
Sangat selamat
Sangat berkesan
Sangat mesra alam




Kak Jaz boleh dihubungi di;

011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengguna Basic H


*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Sunday, 16 April 2017

Tiada Beza Air Soya Dengan Soya ESP - Benarkah Ia Sama?

Kenapa ramai orang suka minum air soya? Sebab NATURAL? Sebab sedap? Atau sebab apa?

Kak Jaz ambil soya sebab nakkan PROTEIN. Sebab tu Kak Jaz hanya ambil SOY ESP. Dah kenal ESP, dah jatuh cinta dengan ESP memang jarang sangat dah minum air soya lain.

protein soya, soya non gmo, soya penyebab kanser, air soya, cervical incompetence, cervical cerclage, rahim lemah


Soya je pun. Mestilah sama. Kan?

Tak, ia nyata berbeza. Air soya dan PROTEIN soya itu berbeza.

Kalau kita nak kata soya tu sama, mungkin analogi yang sama kita boleh bandingkan dengan kereta juga.

Kancil dengan BMW - adakah sama sedangkan kedua-duanya adalah kereta?

Pasti jawapannya TIDAK. Dan ia jelas nyata memang berbeza.

So same goes to air soya biasa dan protein soya ESP. Ia boleh jadi berasal daripada jenis kacang yang sama, tetapi PROSES penyediaannya menjadikan mereka berbeza. But then tak boleh nak kata sama juga sebab soya untuk ESP dikawal sangat ketat daripada benihnya lagi dibawah Identity Preserved Program (IPP)

Bagaimana nak buat air soya?

Basuh kacang soya, REBUS, blend, tapis, tambah gula dan masak atas api yang panas. Kan?

Bagaimana pula nak hasilkan ESP?

Ia dibasuh dengan air bersuhu sejuk untuk mengekalkan ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEN yang kritikal demi untuk bekalkan kita manfaat soya itu secara keseluruhan. Sebekas ESP 850g itu terhasil daripada 30kg kacang soya. Sebab itu ia sangat halus dan terbaik untuk badan. 

Ramai sebenarnya yang tidak tahu protein akan ROSAK bila ia diproses dengan SUHU TINGGI. Agak-agak bila dah rebus tu, berapa banyak kandungan nutrisi yang tinggal dalam soya tu?

So apa yang dapat bila minum air soya yang dah direbus? Mungkin kandungan nutrisinya dah menurun. Dan yang kita dapat hanya menghilangkan dahaga. Sedangkan protein sepatutnya boleh mengenyangkan. Ada dengar orang cakap minum air soya biasa tu jadi kenyang?

Dah nyata sangat beza air soya biasa dan protein soya ESP kan? Sepatutnya dah tiada keraguan pasal soya ESP. Sepatutnya semua kena pilih ESP dah la kan?

Tup-tup keluar pula cerita minum soya menyebabkan KANSER, CYST, FIBROID. Memang banyak kontroversi sungguh minuman soya ni.Huhu

Secara saintifiknya, TIADA BUKTI yang menunjukkan soya penyebab semua masalah di atas. Malahan kajian menunjukkan pemakan/peminum soya tegar seperti di Jepun mempunyai kadar pesakit kanser yang sangat rendah.

Jadi apa lagi mitos yang kita takutkan?

Apa yang Kak Jaz sangat pasti, jika anda ada masalah rahim lemah, cervical incompetence dan terpaksa melalui proses CERVICAL CERCLAGE masa hamil, Kak Jaz sarankan anda minum ESP.

Kenapa perlu minum ESP jika rahim lemah? Jika on cerclage?

Rahim kita 'dipegang' oleh tisu dan otot. PROTEIN adalah sumber asas pembentukan tisu badan.

Jika tisu cukup 'makannya', otot pun kuat insyaAllah rahim pun akan kuat.

Kak Jaz paparkan gambar si kecil yang dikandung selama 10 bulan, dibuka cerclage ketika 36w tetapi mampu bertahan sehingga 40w. Tupun dah kena induce sebab masih tak nak keluar.




2nd kehamilan bersama cerclage, yang nyata beri pengalaman sangat berbeza berbanding hamilkan kakaknya yang juga bersama cerclage.

Kak Jaz start minum ESP sebelum hamilkannya, sepanjang tempoh kehamilan, selepas pantang dan sepanjang tempoh menyusukannya selama 2 tahun.

Yang nyata, ESP beri nafas baru pada Kak Jaz. Dan Kak Jaz sangat mahu ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti Kak Jaz untuk turut berasa kembali selesa dan yakin sepnajang tempoh kehamilan itu.

Percayalah, ia akan sangat-sangat membantu.

Jika mama ada nak order protein soya berkuali tinggi ini, boleh wassap Kak Jaz ya. InsyaAllah Kak Jaz sedia membantu.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Menjemput Rezeki VS Mencari Rezeki

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi..

Apa harapan kita hari ini? Sebagai seorang peniaga, pastinya kita harapkan sales kita hari ini tak putus-putus. Lebat selebat-lebatnya. InsyaAllah, semoga hari ini kita beroleh segala keberkatan dan kemurahan rezeki yang tidak terjangkau.

menjemput rezeki, mencari rezeki, amalan menjemput rezeki, ayat seribu dinar

Banyak nasihat yang menyarankan kita untuk menjemput rezeki berbanding mencari rezeki. Apa beza jemput dan cari? Bukankah tujuannya adalah sama?

Benar tujuannya sama. Tetapi caranya sangat berbeza.

Pernah tak kita perasan sukarnya rasa bila kita mencari rezeki? Rasa penat, strugle, frustrated bila apa yang kita target tak tercapai.

I was there as well before. Rata-rata memang ramai yang rasa camni.. Sedih kan?

Sebenarnya ada cara yang lebih praktikal untuk mendapatkan rezeki. Adacara yang lebih mudah untuk mendapat rezeki.

Jemput rezeki. Ya, kita perlu jemput rezeki. Kita boleh berusaha semaksima mungkin, tapi akhirnya yang memberi adalah Allah SWT. Kita tidak memiliki kemampuan untuk mendapatkan hasil itu tanpa izinNya.

Maka 'bodeklah' Dia. Kita jemput rezeki dengan lakukan amalan yang mendekatkan diri kita padaNya.

Kak Jaz pernah baca kata-kata seorang wanita yang berjaya "Untuk kita jadi VIP pada pandangan Allah, kita mesti jadikan Allah sebagai VIP kita".

Yang paling utama dan penting adalah solat wajib. Jika belum lengkap solat kita 5 kali sehari semalam, kita lengkapkan terlebih dahulu. Jika sudah lengkap kita awalkan. Perbaiki segala bacaan dan rukun solat.

Topup dengan solat-solat sunat dan amalan-amalan membaca Quran dan zikir. Hati kita akan rasa lebih lapang dan mudah untuk menjalankan urusan kita sehari-hari.

Beribadah hanya untuk dapat rezeki? Tak ikhlas gayanya.

Ramai kan yang kata camni? Soalan Kak Jaz pula mudah - kalau kita tidak meminta pada Pencipta kita Yang Maha Berkuasa, kita nak mintak dengan siapa?

Jika kita rasa 'terpaksa' nak melakukan semua amalan ini atas dasar tidak ikhlas, jangan mudah mengalah. Ikhlas itu akan datang dengan sendirinya. Perlahan-lahan dan akan jadi sangat manis akhirnya.

Seperti firman Allah dalam ayat seribu dinar di atas, 'sesiapa yang bertakwa padaNya akan dibukakan jalan keluar baginya dan rezeki yang tidak terhitung dan tak tersangka'.

Mudah kan?

Jom jemput rezeki kawan-kawan!


011-1611 1619
Jazilah Ilyas
Pengedar Bebas Shaklee


Share:

Tuesday, 4 April 2017

Protein dan Kolagen Membantu Menguatkan Serviks Ibu Cervical Incompetence

Kak Jaz tak pernah jemu baca dan cerita pasal CERVICAL INCOMPETENCE ni. Bila kita sendiri berada dalam situasi ini, lebih senang nak faham apa rasa ibu-ibu yang lain.

Cervical incompetence ini boleh terjadi atas pelbagai faktor. Namun yang paling nyata kerana tisu bahagian serviks yang lemah menyebabkan laluan untuk baby keluar jadi lebih cepat terbuka.


cervical cerclage, serviks yang lemah, keguguran, ikat serviks, Set Hamil, Suplemen Untuk Cervical Incompetence, Cervical Cerclage, ESP, Shaklee Collagen Powder, Vivix untuk Sel, Keguguran, Bayi Pramatang


Trauma sebab keguguran atau jatuh atau apa sahaja boleh jadi penyebabnya. Kita mungkin tak perasan pun simptonnya,tahu-tahu baby dah gugur. Ibu-ibu boleh baca tanda-tanda dan simptonnya di sini

Erm..masa aktif bertaekwondo dulu banyak kali Kak Jaz jatuh. Masa buat persembahan, masa tournement. Mungkin ini juga jadi penyumbangnya.

Cuma satu yang Kak Jaz nak cadangkan buat ibu-ibu yang berada dalam situasi ini, jangan panik dan takut. InsyaAllah ada harapan baby kita semua selamat.

Selain dipasang cerclage, ada ikhtiar lain yang Kak Jaz dah rasa sendiri.

Minum ESP dengan konsisten. Serius ia sangat-sangat membantu. Sebabnya protein ESP ini menguatkan tisu kita. Bila tisu dah kuat insyaAllah jalan tu akan lebih 'kemas'.

ESP ni kita boleh amal sebelum, semasa dan selepas hamil. Senang cerita sepanjang masa sebab badan kita memang perlukan asid amino dan protein ini.

Sebelum hamil, ibu-ibu boleh amalkan juga Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Kiranya ia persediaan sebelum hamil lagi.

Kak Jaz dah alami perbezaannya, maka Kak Jaz nak ibu-ibu yang ada masalah yang sama juga survive dan gembira dengan kehamilan kita walaupun ia berisiko. 

Shaklee Collagen Powder bukan sekadar menganjalkan kulit. Tetapi sangat elok untuk sendi dan tisu. Ia jadi lebih kuat dan 'kemas'. Tisu badan yang lemah antara tanda badan kita kekurangan kolagen.

Vivix pula akan bertindak terus ke atas sel dan menjaga serta membaiki sel-sel badan kita secara keseluruhan.

Jangan terlalu risau tau. Setiap masalah insyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Yang penting kita ikhtiar tanpa jemu.




Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
FB : Jazilah Ilyas 










*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari