Monday, 22 May 2017

5 Tips Solat Terawih Dengan Anak Kecil

Assalamualaikum wbt..

Pejam celik pejam celik tak sampai seminggu lagi kita bakal berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia. Teruja kan? Seronok rasa hati bila terkenangkan bulan ini.

Bulan yang digandakan segala pahala kita. Bulan yang semua orang berlumba-lumba nak beramal sebanyaknya. Bulan yang padanya ada ibadah khusus yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Solat terawih.

Hanya pada bulan Ramadhan je ada ibadah solat terawih ni. Jadi makin berlumba-lumba la kita nak solat terawih ni kan? Tapi bagaimana nak solat dengan khusyuk kalau ada anak-anak kecil?

Bagi Kak Jaz yang ada 3 anak kecil, Kak Jaz biasanya solat di rumah je. Tapi kadang-kadang ada juga angin nak ke masjid. Seronok sebenarnya solt di masjid ramai-ramai. Tenang je rasa.

Pertamanya, untuk melancarkan solat terawih kita ajak mereka solat bersama-sama kita. Belikan mereka telekung yang bersesuian dan mungkin juga sejdah yang cantik yang boleh menarik minat mereka.

Kedua, solat dengan relax-relax dan tenang-tenang. Anak-anak cepat bosan kan? So kita boleh buat 4 rakaat then berhenti kejap untuk berzikir atau berbual dengan mereka. Terawih itu sendiri bermaksud rehat. Jadi tak perlu tergesa-gesa untuk cukupkan rakaat tertentu.

Ketiga, jika nak solat di masjid seelokknya cari masjid yang mesra anak-anak. Biasanya persekitaran masjid lebih besar, ada tempat anak-anak nak relax-relax.




Keempat, solat berganti-ganti dengan pasangan atau adik beradik kita yang lain (jika di masjid). Kena sama-sama toleransi. Kecuali kita solat di rumah, maka boleh berhenti kejap-kejap.

Kelima dan paling penting, bekalkan anak-anak dengan minuman, mainan dan buku-buku untuk mereka menulis dan menconteng jika mereka dah mula penat. Kita maklum dah perangai anak-anak yang cepat bosan dan penat dengan rutin yang lama.

Sebenarnya sangat elok bawa anak-anak ke masjid untuk dapat bi'ah masjid itu sendiri. Kalau bulan-bulan lain agak mustahil kita nak ke masjid kecuali tengah travel. Jadi masa ni la nak biasakan diri kita dan anak-anak untuk ke masjid.

Tak sabar nak tunggu kedatangan bulan mulia ini.

SELAMAT BERPUASA SEMUA!!

Pss.. Anda dah sediakan suplemen untuk puasa dan terawih ke belum? Kalau belum boleh roger Kak Jaz naa.. Kita nak ibadah kita tiptop bulan ini kan?








Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931




*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari