Monday, 29 May 2017

Cervical Incompetence Wajib Lakukan Prosedur Cervical Cerclage?

Bagi seorang ibu yang pernah didiagnos cervical incompetence, saat mengandung akan jadi suatu proses yang agak mendebarkan.





Selalu terfikir adakah setiap kehamilan perlu diikat? Adakah kemungkinan kandungan kali ini tidak perlu diikat lagi? Adakah selamat jika tak buat cerclage atau stitch?

Seribu satu persoalan yang tiada jawapan yang pasti. Kabur dan mendebarkan.

Teringat dulu semasa hamilkan Aesha, doktor hanya berkata terpulang pada saya sama ada hendak lakukan cerclage atau tidak. Pelik juga rasa hati bila diberi pilihan begitu tapi saya ambil keputusan untuk lakukan proses cerclage untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang.

Keadaan selepas cerclage dipasang sebenarnya kurang merisaukan saya. Tetapi bius sebelum proses cerclage dilakukan buat saya trauma. Seperti masih terasa-rasa bagaimana sakitnya pinggang ini dahulu selepas proses memasang cerclage.

Saya ada ceritakan kisah itu di sini.

Buntu juga rasa hati ini mengenangkan kisah cerclage ini. Walaupun sudah 2 kali dipasang cerclage, rasa takut dan cuak itu masih kekal ada.

Saya tengah mengumpul pengalaman kawan-kawan yang berkeadaan sama seperti saya. Ada yang inform memang tiap kali kehamilan kena buat cerclage.

Adakah langsung tiada kemungkinan tak perlu cerclage? Once dah dapat jawapan saya akan kongsikan infonya sekali lagi.




Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931






Share:

4 comments:

  1. kak..masa sy dulu memang taknak buat cerclage kalau boleh.tp bila doc ukur panjang cervix sy..katanya awk punya panjang dah xnormal..padahal awk baru je 16wk masatu..jd sy terus decide buat.sb xnak ambik risiko.

    pengalaman kawan sy, dia pun dh 2x mengandung dan kedua2 kena cerclage. doc cuma suruh gap lebih 1tahun utk setiao pregnancy.

    memang seram kan nak buat cerclage.pada sy bius nak buat cerclage tu xsakit...tp nak remove tu rasaaaa hmmmm...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan..kak dokterfikir boleh atau tak. Tapi memang kena ukur length of cervix. Pengalaman kak kena bius yang 2nd cerclage tu trauma sungguh. Nak bukak tu boleh lagi nak tahan. Kikiki

      Delete
  2. paham kak bius.kalau kena dgn doc yg mahir xpe.sekali bius trus masuk.sy pun kena jgk kak..msa bsalin haritu. dkt 10x doc cucuk.xmasuk2..sy control mind je..pujuk hati..ckp xsakit.dah la contraction lg. sabor je la..

    tapi saya ada baca di fb, ada sorang ni ..masa preg kan ank sebelum ni..dia buat cerclage, tp disebabkan kena jgkitan kuman..bby tpaksa lahir awal.

    next preg tu dia dah xbuat cerclage.katanya lg elok xbuat daripada buat cerclage..due nya lps raya ni.saya xtau mcm mana pnjagaan semasa preg dia.dia baring je ke..atau bleh lasak juge.sb sy tanya dia mcm xbrapa nak jwb.so, sy abaikan je lah..

    kite exaited jgk nk tau kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adeh.. Terus terasa bila kata bius berkali² tu. Ye eh sampai 10 kali? Besar jarum tu. Seriau.

      Memang risk cerclage jangkitan kuman tu. Kalau kena jangkitan memang kena terus bukak.

      Tapikan kalau next pregnancy tu dia tak buat cerclage dah, mungkin masalah dia bukan incompetent cervix kot. Kalau baring je pun tetap ada risiko baby prem walau x melasak.

      Tapi xtaula kan apa diagnose sebenar dia ye

      Delete

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari