Tuesday, 23 May 2017

Kesalahan Paling Besar Ibu Bapa Semasa Membesarkan Anak - Pilih Kasih

Assalamualaikum wbt..

Dalam ramai-ramai anak yang kita ada, pernah tak kita selalu lebihkan seorang anak je? Semua yang dia buat betul aje.

Apa yang dia mahu kita beri. Minta je apa-apa pasti dapat.

Pernah tak?

Buat salah pun jarang dimarah. Tapi kalau anak-anak yang lain berapi-api kita marah.

Atau bila kita beri apa-apa, anak yang sama akan dapat segala kelebihan, berbanding anak-anak yang lain.

Pernah tak?

Ini antara kesilapan terbesar seorang ibu dan ayah. Pilih kasih!

Anak-anak yang lain akan terasa, makan hati memerhati segala ketidak adilan yang berlaku.

Anak juga yang disalahkan.

Apabila kita tua dan sangat mengharapkan anak-anak selalu di sisi, anak-anak seakan menjauh daripada kita. Kita persoalkan pula tindakan anak. Tak kenang budi, tak sayang ibu ayah.

Lagi teruk jika anak yang kita terlebih sayang tidak pula menjaga kita sebaiknya. 

Siapa yang mulakan proses ini terlebih dahulu?

Ini peringatan untuk diri Kak Jaz sendiri. Kita treat anak kita dengan adil sekarang, insyaAllah mereka akan treat kita elok-elok kelak.

Anak yang paling kecil mungkin kita menangkan sedikit, tapi bila dia dah pandai bercakap, pandai berfikir sedikit maka kita akan lebih tegas seiring ketegasan kita pada abang dan kakaknya.

Jangan pilih kasih pada anak-anak. Mereka adalah sama. Mereka semua adalah adalah anak-anak kita!



Share:
Location: Kampung Belukar, Kota Bharu, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari