Tuesday, 16 May 2017

Selamat Hari Guru




Assalamualaikum wbt..

Setiap tahun pada tarikh 16 Mei kita akan menyambut Hari Guru, hari khas yang diperuntukkan untuk guru-guru yang telah banyak berjasa pada kita.

Anak-anak pasti sibuk meminta untuk dibawakan hadiah untuk guru-guru. Kenangan ini akan kekal terpahat dalam ingatan kita. Kan?

Kak Jaz teringat zaman kecil-kecil dulu, mama akan beli sebundle barang-barang untuk kami balut dan bagi pada guru-guru.

Ia bukan tentang nilai sesuatu barangan itu, tetapi ingatan dan penghargaan itu yang sangat bermakna.

Sambutan hari guru sekolah si hero Kak Jaz hanya akan dilangsungkan Khamis 18 Mei 2017 ini. Kami masih tak sediakan apa-apa lagi hadiah untuk guru-gurunya.

Mungkin petang ni kami akan keluar membeli hadiah untuk guru-guru. Belum plan lagi nak beli apa .

Namun dalam keghairahan kita
mengucapkan Selamat Hari Guru, jangan dilupa guru utama dan pertama kita - ibu tersayang.

Selamat Hari Guru untuk semua. Kerana kita semua adalah guru walau apa pun title kita.

Selamat Hari Guru!

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari