Monday, 22 May 2017

Tempat Petik Strawberi Yang Mesra Keluarga di Cameron Highland

Anak-anak kami sangat suka petik strawberi. Diorang takde la makan sangat pun strawberi tu tapi semangat nak memetik tu yang kuat. Jadinya kalau nak bawa budak-budak ni ke Cameron Highland untuk petik strwberi, kami akan pergi ke ladang yang satu ni.

Royal Berry

Dekat ladang ni, kita boleh duduk selama yang kita mau. Takde time limit. Itu yang kami suka. Walaupun bukan la kita duduk berjam di situ, tapi kita tak rasa tergesa-gesa nak petik strawberi. Selesa je nak memetik tanpa ada yang memerhati.

Anak-anak sangat happy kat sini.

Biasanya kat ladang lain kita akan diberi masa dan bekas plastik tu dan hanya boleh petik strawberi sebekas itu sahaja. Orang yang dibenarkan masuk pun dilimitkan. Tak puas kalau camtu kan?

Kat sini terserah berapa orang nak masuk ke tempat strawberi tu. Boleh minta berapa bekas dan gunting yang kita mahu. Bayarannnya nanti berdasarkan berat buah strawberi yang kita kutip tu.

Pemiliknya pun sangat friendly. Senyum je kakak ni terima pengunjung. Kita akan rasa selesa insyaAllah.

Kalau korang nak pergi petik strawberi, this place is really recommended!













Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Kehamilan

Produk Shaklee

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari