Sunday, 4 June 2017

Pengalaman di Negeri-negeri Selatan Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt

Hampir 4 hari kami sekeluarga berada di jalan (on the road) kerana mengikuti suami yang bermesyuarat ke sana sini. Alhamdulillah anak-anak masih OK. Gaduh sikit-sikit tu biasalah. Budak-budak kan :)

Hari pertama kami di Negeri Sembilan. Malamnya kami bermalam di Port Dickson. Tidak sukar mencari tempat penginapan di Port Dickson. Hotel di merata-rata tempat. Cuma periksa berapa bajet kita dan check in.

Kami biasanya tidak memilih hotel-hotel yang mahal. Cukup sekadar selesa untuk bermalam sebab memang tujuannya hanya untuk bermalam. Siang hari dah dihabiskan di luar jadi agak membazir untuk bayar hotel yang mahal semata-mata untuk tidur.

Kebanyakan hotel yang kami singgah hanya berharga sekitar RM100-RM150.

Semalam kami di Johor Bharu. Ada pengalaman baru buat anak-anak.

Kami di Kelantan jarang berjumpa anjing. Kalau nak nampak anjing pun biasanya apabila kami ke pasar di Kg China. Barulah boleh nampak anjing berkeliaran di kawasan tokong di sana.

Jadi apabila nampak anjing, macam-macam soalan yang keluar daripada mulut anak-anak.




"Anjing ni makan orang ke mama?"

"Kenapa anjing ni bising je?"

"Anjing ni nanti gigit orang ke?"

Dan the list bertambah-tambah. Mama sengih jela sambil explain mana yang boleh. Nampak mereka agak ketakutan bila ada anjing berhampiran hotel yang kami singgah semalam.

Kelakar bila ingat-ingat. Tapi benar ia satu pengalaman baru untuk anak-anak. Kalau tak keluar daripada negeri, pasti mereka tiada pengalaman ini kan?

Atas sebab itu Islam sangat menggalakkan kita merantau. Mengembara untuk menambah pengalaman hidup. Barulah kita tidak terkongkong dan fikiran kita lebih matang dan berpandangan luas.

Tiadalah nanti asyik sentap je kan? Bila berada di tempat orang, kita akan melihat dan belajar perkara-perkara baru. Pengalaman-pengalaman ini akan lebih membuka minda kita untuk bertenang dan berpandangan jauh dalam sesuatu isu.

Kami bakal habiskan seminggu lagi masa cuti sekolah ni di atas jalan. Lepas ini bila papa diorang asyik outstation, takdelah ralat sangat anak-anak sebab dah seminggu dua ni berkepit je .

Hehehe..

InsyaAllah kami plan percutian yang lebih teratur selepas ini. Ini kiranya masa untuk riki-riki dahulu. Tambah-tambah dok dalam kumpulan iReach kami yang asyik cerita pasal tempat menarik, panas juga mata ni ha.

Next destination kami ialah Melaka. Dan mungkin lepas ni akan kembali pusing Negeri Sembilan. Banyak site yang perlu en suami pergi meeting ni. Kami tumpang berjalan la kiranya.

Ke mana korang pergi cuti sekolah 2 minggu ini?


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6011-1611 1619
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Bonjour & Welcome

Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Seorang wanita yang didiagnos cervical incompetence. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari