Monday, 30 October 2017

8 Resepi ESP Yang Pasti Sedap Memikat

Penggemar ESP pasti sudah biasa dengan bancuhan ESP yang biasa. Biasanya kita bancuh ESP dengan air kosong atau campurkan dengan susu segar je kan? Sebenarnya banyak yang boleh kita buat dengan ESP ini.

Energizing Soy Protein (ESP) adalah produk pemakanan berunsurkan soya NON GMO daripada Shaklee. Dr Forrest C Shaklee telah mencipta makanan tambahan protein berunsurkan tumbuhan yang pertama menggunakan protein soya ini pada tahun 1961. Dah lama sangat kan?


Kak Jaz sertakan 8 resepi ESP seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Nutrisi Shaklee. Enjoy your protein ya!




















Sedap nampak semua 8 resepi ini kan? Jangan ragu-ragu nak cuba tau. Gerenti terkenang-kenang selalu. Hihi

Jika anda masih belum ada ESP yang marvelous ini dan ingin dapatkannya, anda boleh terus klik imej di bawah untuk membelinya atau whatsapp Kak Jaz untuk Kak Jaz uruskan prosesnya.




Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Share:

Saturday, 28 October 2017

Ibu Cervical Incompetence Tidak Mampu Hamil Anak Ramai?

Rasa cam tak mampu nak hamil banyak kali dan lahirkan ramai  anak akibat cervical incompetence. Cukuplah sepasang je anak kami.





Ini yang pernah terdetik di hati Kak Jaz dan hasil perbincangan dengan en suami 4 tahun lepas. Serik, trauma, takut, risau dan seribu macam rasa yang Kak Jaz rasa bila fikir pasal anak-anak.

Bukan tak nak anak ramai. Memang kalau boleh Kak Jaz nak anak ramai. Seronok tau ada anak-anak ramai, hidup dalam kasih sayang dan harmoni je. Tapi masalah kesihatan membataskan semua itu.

Akram lahir sebagai extreme premature kid. 26 minggu dengan berat 805g. Hampir 4 bulan di dalam wad. Masa ni Kak Jaz masih bekerja. Ulang alik ke hospital setiap hari tanpa gagal untuk melawatnya dan menghantar bekalan susu ibu.

Selepas beberapa bulan susu badan makin drop sedangkan Kak Jaz masih pam dengan konsisten. Rupa-rupanya masa tu hamil lagi. Kehamilan kali kedua memang tidak terjangka. Dengan ilmu yang cukup sedikit pada masa itu, kami ingat konsisten pumping boleh jadi perancang semulajdi, rupanya tidak.

Adiknya gugur seawal 20 minggu kehamilan. Rentetan kelahiran ex-prem dan keguguran pada trimester kedua tanpa sebab penyakit yang lain, doktor klasifikasikan Kak Jaz sebagai cervical incompetence. Dalam bahasa mudahnya ia adalah pangkal rahim lemah. Nasihat doktor, kandungan seterusnya perlu melalui proses cervical cerclage.

Bila hamilkan Aamily, proses cervical cerclage dilakukan. Series of warded dan MC. Tak boleh duduk dan berdiri lama. Perlu baring. Sakit bawah abdomen dan macam-macam rasa. Perlu bedrest dan tidak boleh berlasak-lasak. Bagaimana nak kerja kalau camni? Akhirnya Kak Jaz ambil unpaid leave sehingga dia lahir. Seterusnya terus resign selepas habis maternity leave.

Sukar nak express perasaan kami. Suami kata cukuplah sepasang. Mungkin hanya ini rezeki kami. Kami redha walau keinginan untuk tambah anak masih ada. Muda lagi kot.

Pada usia Aamily 1 tahun setengah Kak Jaz mula start makan suplemen Shaklee. Punca awalnya kerana badan rasa sangat penat masa menyusukannya buatkan Kak Jaz cari solution untuk masalah ini. Juga sebab Akram hadapi sembelit yang teruk sehingga perlu bergantung dengan lactulose bertahun-tahun.

Alhamdulillah masalah kesihatan kami selesai! Bonus yang lagi best badan rasa sangat sihat berbanding sebelum ini. Hilang sakit bawah abdomen hampir 2 tahun. What a miracle.

Cukup 2 tahun tempoh penyusuan Aamily, Kak Jaz suarakan rasa hati untuk tambah anak. Suami tanya berkali-kali. Betul ke mampu nak tanggung lagi semua ini? Kak Jaz kata badan dah rasa sihat dan kuat compared masa hamilkan Aamily dulu.

Long story cut short Kak Jaz hamilkan Aesha. Masa itu memang dah amal banyak vitamin dan suplemen Shaklee. Set Hamil Shaklee dah jadi kewajipan. Tiada vitamin KK langsung. Alhamdulillah usia kandungan mencecah 40 mimggu. Masih tetap perlu jalani proses cervical cerclage. Tapi takde dah kena bedrest sepanjang masa.

Aktif, lasak ke sana sini. Boleh drive tanpa halangan. Boleh urus rumah tangga. Boleh buat apa sahaja. Happy je masa hamilkan Aesha.

Dan tahun ini Kak Jaz hamil lagi selepas sempurnakan hak menyusu Aesha selama 2 tahun lebih. Usia kandungan sudah mencecah 26 minggu. Lebih aktif dan lasak berbanding masa hamilkan Aesha. Tiada kemasukan ke wad lagi buat masa ini (kecuali masa proses cerclage). Kehamilan yang seperti ibu-ibu lain yang normal. Ramai yang tak sangka kehamilan ini adalah jenis yang berisiko bila lihatkan diri Kak Jaz.

Bagaimana Kak Jaz tak sayang Shaklee kalau kesihatan sepanjang hamil berubah 100% berbanding dahulu? Mungkin ada ibu-ibu yang didiagnose cervical incompetence yang rasa OK je walau tanpa suplemen tambahan, tapi Kak Jaz tahu masih sangat ramai di luar sana yang terpaksa bedrest sepanjang hamil.

Usaha dan ikhtiarlah demi kesihatan kita. Badan yang lebih kuat dan sihat akan beri kita kekuatan dalaman dan luaran yang tidak tergambar dengan kata-kata.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Tuesday, 24 October 2017

Cara Daftar Ahli Shaklee & Tips Pilih Kumpulan Yang Betul

Assalamualaikum wbt

Kita tahu apabila kita jadi ahli sesuatu kelab pasti kita akan dapat banyak faedah. Sama juga dengan Shaklee. Kelebihan utama bila jadi ahli pastinya dapat beli dengan harga ahli yang pastinya lebih murah daripada harga pasaran. Selain itu akan ada peluang untuk mendapat bonus tunai dan rebate.

BAGAIMANA NAK JADI AHLI SHAKLEE? 

Ada 2 cara untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pertama ialah dengan membayar harga ahli sebanyak RM68.90. Dengan bayaran keahlian ini anda akan dapat satu set memberkit yang mengandungi segala maklumat berkenaan Shaklee.


Cara kedua ialah dengan belian produk bernilai 200UV dan anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA. Pembelian 2 botol Vivix contohnya sudah melayakkan anda untuk mendapatkan keahlian percuma ini. Dengan 200UV juga anda sudah layak untuk mendapat bonus tunai.


NAK DAFTAR DENGAN SIAPA?

Orang biasa-biasa akan daftar dengan sesiapa sahaja. Sesiapa di sini merujuk kepada mana-mana ahli Shaklee kerana anda memerlukan introducer untuk proses pendaftaran ini. Mungkin anda akan mendaftar dengan adik-beradik, saudara mara etc etc.

Tetapi jika anda orang yang luar biasa, anda akan memilih untuk mendaftar dengan ahli yang aktif dalam Shaklee. Ada banyak beza dan sebab untuk memilih dengan siapa anda patut mendaftar.

Jika main taram je daftar dengan sesiapa, anda berkemungkinan besar tidak mendapat konsultasi pemakanan yang betul. Kalau salah cara makan rugi je la kan?

Silap kumpulan juga boleh menjerumuskan anda untuk mengeluarkn kos yang lebih. Jika terdapat introducer  yang menyarankan anda membeli pelbagai produk walaupun ia bukan untuk anda gunakan, jauhi orang begini!

Dalam Shaklee, anda tidak perlu membuat stok beribu-ribu. Tambahan jika anda ahli yang baru ingin mengubah tahap kesihatan dan kewangan. Jangan terpedaya dengan tawaran terlebih bombastik. 

Jadi jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee sama ada sebagai ahli yang membeli untuk makan sendiri, atau sekiranya anda berminat untuk berniaga dengan Shaklee, anda boleh whatsapp saya untuk urusan seterusnya.

Tiada upfront stock, tiada kos melebih selain daripada belian produk yang anda perlukan.

Saya bernaung di bawah kumpulan besar iReach yang awesome ini!


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Monday, 23 October 2017

Beza Cervical Cerclage dan Arabin Cerclage Pessary Untuk Kurangkan Risiko Kelahiran Bayi Pramatang

Bila seseorang bakal ibu didiagnose cervical incompetence atau lemah pangkal rahim, biasanya doktor akan menyarankan supaya dilakukan proses cervical cerclage atau ikatan pangkal rahim (serviks).

Diagnose ini biasanya didasarkan kepada kelahiran pramatang pada kandungan sebelumnya atau pernah kegguguran pada trimester kedua kandungan tanpa sebab yang lain seperti darah tinggi dan penyakit lain. Ia juga akan ditentukan berdasarkan kepanjangan serviks kita semasa hamil. Semakin pendek ukuran serviks semakin berisiko untuk kita melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor akan menyarankan cervical cerclage. Ia satu proses 'ikat' serviks kita sekitar minggu 14-18 kehamilan (bergantung pada situasi) atau ia boleh jadi lebih awal. Untuk cervical cerclage ini bakal ibu akan dibius dan proses cerclage ini akan dilakukan di bilik bedah (OT).

Jenis bius juga bergantung kepada penilaian pakar bius. Semasa pertama kali Kak Jaz melakukan cerclage, bius penuh diberikan. Pada kandungan selepas itu, bius separuh badan pula yang diberikan.  

Selepas proses cerclage dilakukan,  ibu akan hanya berbaring di katil untuk sekurang-kurangnya 6 jam. Selepas itu ibu akan dibenarkan ke tandas dan jika tiada apa-apa komplikasi  

Berbeza dengan Arain Cerclage Pessary yang lebih mudah cara pemasangannya. Ibu tidak perlu warded untuk proses ini. Juga tidak perlu sebarang bius. Ia boleh dilakukan di bilik doktor sahaja. Proses pemasangannya hanya sekitar 5 minit sahaja.




Tujuannya sama dengan cerclage biasa iaitu untuk mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Cumanya untuk melakukan proses Arabin Cerclage Pessary ini, ibu perlu membayar sendiri kos pessary ini. Anggaran kosnya sekitar RM400.

Arabin pessary ini boleh digunakan semula untuk kehamilan seterusnya sekiranya ia masih dalam tempoh luputnya.

Kedua-dua cara pencegahan ini akan dibuka kembali apabila kandungan sudah berusia 36 minggu sekiraya tiada komplikasi lain.

Kedua-dua cara ini Kak Jaz dah lalui secara personal. Kandungan kali ini alhamdulillah sudah mencecah 25 minggu dengan Arabin Cerclage Pessary. Jujurnya Kak Jaz akan menyarankan cara ini untuk ibu-ibu yang ada masalah yang sama kerana ia kurang berisiko selain cepat dan mudah cumanya ia ada kos tambahan yang perlu ditanggung sendiri.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Thursday, 12 October 2017

Tips Surirumah Curi Masa Berbisnes Walaupun Sibuk Dengan Anak Kecil

Ramai ibu-ibu yang nak berniaga tapi sentiasa terikat dengan anak kecil. Nak makan pun kelam kabut, masuk tandas pun anak dah menjerit meraung lagikan pula nak berniaga? Memang tinggal harapan jela kan?




Terutama untuk surirumah seperti Kak Jaz ni. Niat nak juga ada duit sendiri tapi ada je kekangan lain. Jadi camana? Memang kena harapkan duit pemberian suami semata-mata je ke?

Kak Jaz nak kongsikan tips untuk curi masa supaya lebih ramai ibu boleh berniaga seterusnya ada pendapatan sendiri. Jom kita tengok.

  • Setelkan urusan anak-anak, suami dan rumahtangga terlebih dahulu

Pagi-pagi kita bangun setelkan apa yang patut. Anak nak ke sekolah, suami nak ke tempat kerja, sapu dan kemas rumah, jemur baju dan sebagainya.

Bila dah selesai kita dah ada sedikit masa luang. Haa guna cepat-cepat. Jangan pula kita dok layan telemovie pula.

  • Solat awal waktu

Macam tak nampak kaitannya kan? Sebenarnya solat di awal waktu akan memudahkan kebanyakan urusan kita. Masa akan terasa lebih panjang dan lapang untuk kita melakukan lebih banyak kerja.

InsyaAllah kita tak terkejar-kejar dan mampu urus segala urusan rumahtangga dan bisnes dengan teratur.


Ia adalah sejenis aplikasi yang boleh kita gunakan untuk merancang bila kita nak iklan kita dikeluarkan. Kalau nak berniaga mesti kena iklankan produk kita kan? Tapi kita tak mampu nak pegang HP sepanjang masa. Jadi 2 aplikasi PERCUMA ini sangat-sangat membantu.

Hanya perlu masuk ke laman sesawang aplikasi ini dan taip apa yang kita nak iklankan. Set masa yang kita mahu dan selesai.

Kita boleh lakukan semasa anak tengah tidur atau di awal pagi atau bila-bila masa yang kita mahu. Mudah!

  • Cari bisnes yang tak perlu pun kita keluar rumah 

Ada ke? Even kalau bisnes online pun kita masih perlu keluar untuk poskan barang kan? 

Jangan risau. Ada je bisnes yang tak perlu keluar rumah untuk poskan barang jualan kita. Bisnes Shaklee adalah contoh bisnes yang tak perlu pun keluar rumah untuk pos barang sebab company akan uruskan segala pembungkusan dan penghantaran produk.

  • Cari bisnes yang menjalankan sistem dropship

Kebiasaannya bisnes gaya dropship ini hanya perlukan kita untuk iklankan sesuatu produk. Urusan selanjutnya akan dilakukan oleh owner/ejen produk.

So masa tengah tunggu nasi masak ke, sempat la kita pos iklan kat sosial media yang kita gunakan. Dan kembali juga pada point ke2 guna buffer/hootsuite dan setkan awal-awal.

Eh bisnes Shaklee tu cam gaya dropship je kan? Hehe

  • Blog

Ini juga salah satu marketing tools yang boleh ibu-ibu gunakan. Hanya perlu rajin dan istiqamah dan insyaAllah ia akan jadi lubuk duit kita. 

The best thing about blogging ni ialah kita hanya perlu membuat/mengarang entry sekali sehari (lebih banyk lebih bagus) dan biarkan google menjalankan kerjanya. Cuma perlukan sedikit ilmu untuk kita tahu apa yang perlu dilakukan supaya entry kita berada di ranking hadapan.

Jadi takdelah kita melekat je dengan HP kan? Masa kita dengan anak dan suami pun tak terganggu tapi pada masa yang sama masih boleh jana income.

Seronok kan?

Jika ada kalangan kawan-kawan yang nak berniaga produk Shaklee, boleh ajer whatsapp Kak Jaz untuk info detail ya.

Jom kita sama-sama jadi surirumah berpendapatan sendiri tanpa perlu abaikan keluarga!


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



Share:

Wednesday, 11 October 2017

Makin Tua Makin Berseri

Dok belek-belek gambar lama-lama, terjumpa gambar lepas bersalinkan Ahmad Akram tahun 2010/2011 dulu. Rendah diri sungguh bila tengok gambar tu.

Lepas tu compare pula dengan gambar 2-3 bulan lepas. Rasa saaaangat banyak bezanya. Seronok tengok perubahan tu. Rasa keyakinan diri mancanak-canak naiknya. Hee

Gambar 2017 ni sedang hamil. Sekarang usia kandungan cecah 22 minggu, alhamdulillah.




Beza kan? Tak syok sendiri kan? Hihi






Lepas bersalinkan Akram 7 tahun lepas, pantang tu hanya istilah di atas kertas. Setiap hari tanpa gagal kami ke NICU untuk tengok keadaan anak dan bawa susu untuknya.

Pantang tak pantang sama je masa tu. Tapi sebenarnya bukan sebab pantang, tapi sebab masa tu takde ilmu pasal nutrisi.

Bila dah ada sedikit ilmu tentang nutrisi dan cara hidup sihat, kehidupan Kak Jaz berubah terus. Alhamdulillah badan makin sihat dan bonusnya nampak pada kulit.

Jujurnya Kak Jaz tak bother pun pasal kecantikan etc. Yang penting masa memula makan suplemen ialah nak badan kembali fit dan sihat demi nak sempurnakan penyusuan si permata hati.

Tapi rupanya banyak bonus kesihatan yang Kak Jaz dah rasa.

Almost 4 years and counting, diri ini masih tegar bersuplemen selepas puas hati dengan kesan positifnya. Siapa yang nak terus sakit dan hilang keyakinan diri kan?



Tambah-tambah bila anak makin bertambah, pastinya kita nak terus sihat untuk nikmati hidup gembira dengan anak-anak. Dan bila suami mula memuji, keyakinan diri pasti makin bertambah-tambah kan?

Ada ibu-ibu yang nak alami perubahan kesihatan dan seluruh badan? Boleh whatsapp Kak Jaz untuk kita sembang-sembang vitamin apa yang perlu untuk badan.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
FB : Jazilah Ilyas 



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Friday, 6 October 2017

Pengedar Bebas Shaklee Kota Bharu, Kelantan

Kak Jaz adalah Pengedar Bebas Shaklee berlokasi di Kota Bharu, Kelantan. Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk dan suplemen Shaklee serta ingin menjadi ahli Shaklee boleh terus whatsapp Kak Jaz. 




Capaian lokasi yang boleh Kak Jaz hantarkan adalah sekitar:

>> KOTA BHARU
>> KEDAI LALAT
>> KUBANG KERIAN
>> PANTAI CAHAYA BULAN
>> PASIR TUMBUH

Selain daripada itu urusan penghantaran akan dilakukan menggunakan medium pos. InsyaAllah tempoh penerimaan adalah sekitar 3-5 hari bekerja.

Rata-rata pelanggan Kak Jaz berada di seluruh Malaysia dan tidak terhad di Kelantan sahaja. Dengan Shaklee, kita mampu berniaga ke seluruh Malaysia malahan hingga ke luar negara.

Produk Shaklee terdiri daripada vitamin dan suplemen semulajadi, set penjagaan kulit, set penjagaan rambut, set pencuci pakaian dan perkakasan rumah serta penapis air berkualiti tinggi.

Whatsapp Kak Jaz untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk Shaklee ya


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
FB : Jazilah Ilyas 



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Thursday, 5 October 2017

Pantang Larang Cervical Cerclage

Kehamilan kali ni adalah kali ketiga Kak Jaz disarankan buat cervical cerclage. Walaupun pada mulanya Kak Jaz agak berkira-kira untuk lakukan prosedur ini, tapi akhirnya Kak Jaz redha sahaja. Cegah lebih baik daripada ubati, itu yang Kak Jaz pegang.

Kak Jaz suka berkongsi mengenai prosedur cervical cerclage ini sebab masih ramai yang tak tau. Ramai yang takut untuk buat cervical cerclage ini.

Kak Jaz selalu dapat whatsapp bertanya tentang pantang larang selepas lakukan cerclage ini.

👉Boleh buat kerja rumah tak?
👉Boleh bersama suami tak?
👉Boleh buat aktiviti lasak tak?
👉Boleh kerja tak?
👉Kena bedrest je ke?




Sebenarnya kan, kalau tanya doktor lepas buat prosedur ni mereka akan cakap boleh je buat aktiviti biasa. Tapi kena hati-hati. Cuma jangan melasak sangat. Elakkan angkat mengangkat benda-benda berat.

Kerja kita melibatkan otot. Kalau otot lemah badan pun automatik akan lemah. Dan keadaan kita yang cervical incompetence ni pun salah satunya sebab otot serviks kita mungkin lemah.

Jadinya camana? Takkan nak baring je sepanjang hamil berbulan-bulan ni?

Hurmm.. Jawapan Kak Jaz ialah tengok keadaan diri kita sendiri. Tiada orang lain yang lebih kenal diri kita melainkan kita sendiri.

Pengalaman Kak Jaz masa pertama kali melakukan cerclage (2011), most of the times memang bedrest sahaja. Ada juga sapu-sapu rumah tapi sangat minima. Banyak rehat sebab selalu sakit bawah abdomen.

Duduk lama pun sakit. Paling lama dapat duduk sekitar sejam gitu. Oleh sebab itu Kak Jaz ambil keputusan untuk ambil unpaid leave. Tambah-tambah bila ada series of warded, checkup yang kerap yang mana ia memerlukan banyak masa.

Kali kedua dipasang cerclage pada tahun 2014. Yang ni sangat -sangat berbeza berbanding si kakak. Lasak, buat semua kerja rumah dan beraktiviti seperti biasa. Bedrest yang sangat minima. Malahan banyak kalinya seperti orang yang tiadak ada masalah pape.

Alhamdulillah. Kalau terpaksa bedrest seperti zaman hamilkan si kakak, mau kelam kabut nak uruskan abang dan kakak masa tu. Sangat-sangat syukur.

Dan kali ni pada tahun 2017, sekali lagi Kak Jaz dicerclage. Tetapi dengan cara yang agak berbeza. Kali ni Kak Jaz dicerclage menggunakan Arabin Pessary. Tujuan yang sama cuma caranya sedikit berbeza.

Kandungan kali ini dah mencecah 22 minggu. Alhamdulillah Kak Jaz juga aktif seperti tahun 2014. Mengandung kali ini dengan ditemani 3 anak kecil, bedrest tu cuma pada waktu tidur. Hehe

Ada juga masa-masa bial penat uruskan anak-anak dan rumah, Kak Jaz akan baring sahaja. Cuma tak lama. Dalam 2-3 jam dan kembali uruskan rumahtangga seperti biasa.

Adakah lasak sebab terpaksa uruskan anak-anak yang lain?

Jawapannya TIDAK!

Kak Jaz berani lasak dan beraktiviti normal sebab rasa badan lebih sihat dan kuat. Bukan semata-mata kerana terpaksa. Kalaupun ada anak-anak kecil, jika badan sakit still tak boleh nak buat apa-apa. Kena juga fikir pasal diri sendiri dan anak dalam kandungan.apa 

Apa amalan Kak Jaz untuk dua kandungan terakhir ni hingga boleh kekal aktif walaupun dalam kondisi begini?

Kak Jaz amalkan suplemen Shaklee. Sebenarnya simple untuk kita faham bagaimana ia membantu badan jadi lebih sihat dan kuat.

Apabila badan kita cukup nutrisinya, ia akan berfungsi sebaiknya. Antara yang paling penting sepanjang hamil ni ialah PROTEIN. dan suplemen-suplemen penting yang lain. Dan pastinya Kak Jaz amalkan protein ESP.

Protein berfungsi menguatkan otot badan kita. Seluruh badan kita ada otot. Perut, serviks dan rahim pun ada ototnya. Jika ia tak kuat, banyak kemungkinan yang boleh berlaku, salah satunya cervical incompetence.


Ibu ini juga berpengalaman badan lebih kuat selepas amalkan ESP


Bila ada ibu-ibu yang tanya pasal kesihatan Kak Jaz yang nampak sangat OK sepanjang hamil ni, memang Kak Jaz akan sarankan ESP ni tanpa teragak-agak.

Bukan sebab Kak Jaz berniaga semata-mata. Tapi sebab Kak Jaz dah rasa kesannya. Dah alami perbezaannya. Kalau ada peluang untuk kita jadi lebih sihat, kenapa nak abaikannya kan?

Jika masih tiada anak kecil yang perlu dijaga sepanjang tempoh hamil mungkin boleh berbedrest sepanjang masa. Tetapi jika masih banyak tanggungjawab lain yang perlu digalas, Kak Jaz percaya kita akan pilih untuk jadi lebih sihat dan kuat.

Jika ibu-ibu berminat untuk membeli ESP Shaklee ini, boleh terus klik imej di bawah untuk urusan selanjutnya. Atau boleh whatsapp Kak Jaz untuk Kak Jaz uruskan.

Satu canister ESP : RM170.93
Penghantaran : RM10.60


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
FB : Jazilah Ilyas 



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari