Monday, 23 October 2017

Beza Cervical Cerclage dan Arabin Cerclage Pessary Untuk Kurangkan Risiko Kelahiran Bayi Pramatang

Bila seseorang bakal ibu didiagnose cervical incompetence atau lemah pangkal rahim, biasanya doktor akan menyarankan supaya dilakukan proses cervical cerclage atau ikatan pangkal rahim (serviks).

Diagnose ini biasanya didasarkan kepada kelahiran pramatang pada kandungan sebelumnya atau pernah kegguguran pada trimester kedua kandungan tanpa sebab yang lain seperti darah tinggi dan penyakit lain. Ia juga akan ditentukan berdasarkan kepanjangan serviks kita semasa hamil. Semakin pendek ukuran serviks semakin berisiko untuk kita melahirkan bayi pramatang.

Kebiasaannya doktor akan menyarankan cervical cerclage. Ia satu proses 'ikat' serviks kita sekitar minggu 14-18 kehamilan (bergantung pada situasi) atau ia boleh jadi lebih awal. Untuk cervical cerclage ini bakal ibu akan dibius dan proses cerclage ini akan dilakukan di bilik bedah (OT).

Jenis bius juga bergantung kepada penilaian pakar bius. Semasa pertama kali Kak Jaz melakukan cerclage, bius penuh diberikan. Pada kandungan selepas itu, bius separuh badan pula yang diberikan.  

Selepas proses cerclage dilakukan,  ibu akan hanya berbaring di katil untuk sekurang-kurangnya 6 jam. Selepas itu ibu akan dibenarkan ke tandas dan jika tiada apa-apa komplikasi  

Berbeza dengan Arain Cerclage Pessary yang lebih mudah cara pemasangannya. Ibu tidak perlu warded untuk proses ini. Juga tidak perlu sebarang bius. Ia boleh dilakukan di bilik doktor sahaja. Proses pemasangannya hanya sekitar 5 minit sahaja.




Tujuannya sama dengan cerclage biasa iaitu untuk mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Cumanya untuk melakukan proses Arabin Cerclage Pessary ini, ibu perlu membayar sendiri kos pessary ini. Anggaran kosnya sekitar RM400.

Arabin pessary ini boleh digunakan semula untuk kehamilan seterusnya sekiranya ia masih dalam tempoh luputnya.

Kedua-dua cara pencegahan ini akan dibuka kembali apabila kandungan sudah berusia 36 minggu sekiraya tiada komplikasi lain.

Kedua-dua cara ini Kak Jaz dah lalui secara personal. Kandungan kali ini alhamdulillah sudah mencecah 25 minggu dengan Arabin Cerclage Pessary. Jujurnya Kak Jaz akan menyarankan cara ini untuk ibu-ibu yang ada masalah yang sama kerana ia kurang berisiko selain cepat dan mudah cumanya ia ada kos tambahan yang perlu ditanggung sendiri.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari