Saturday, 28 October 2017

Ibu Cervical Incompetence Tidak Mampu Hamil Anak Ramai?

Rasa cam tak mampu nak hamil banyak kali dan lahirkan ramai  anak akibat cervical incompetence. Cukuplah sepasang je anak kami.





Ini yang pernah terdetik di hati Kak Jaz dan hasil perbincangan dengan en suami 4 tahun lepas. Serik, trauma, takut, risau dan seribu macam rasa yang Kak Jaz rasa bila fikir pasal anak-anak.

Bukan tak nak anak ramai. Memang kalau boleh Kak Jaz nak anak ramai. Seronok tau ada anak-anak ramai, hidup dalam kasih sayang dan harmoni je. Tapi masalah kesihatan membataskan semua itu.

Akram lahir sebagai extreme premature kid. 26 minggu dengan berat 805g. Hampir 4 bulan di dalam wad. Masa ni Kak Jaz masih bekerja. Ulang alik ke hospital setiap hari tanpa gagal untuk melawatnya dan menghantar bekalan susu ibu.

Selepas beberapa bulan susu badan makin drop sedangkan Kak Jaz masih pam dengan konsisten. Rupa-rupanya masa tu hamil lagi. Kehamilan kali kedua memang tidak terjangka. Dengan ilmu yang cukup sedikit pada masa itu, kami ingat konsisten pumping boleh jadi perancang semulajdi, rupanya tidak.

Adiknya gugur seawal 20 minggu kehamilan. Rentetan kelahiran ex-prem dan keguguran pada trimester kedua tanpa sebab penyakit yang lain, doktor klasifikasikan Kak Jaz sebagai cervical incompetence. Dalam bahasa mudahnya ia adalah pangkal rahim lemah. Nasihat doktor, kandungan seterusnya perlu melalui proses cervical cerclage.

Bila hamilkan Aamily, proses cervical cerclage dilakukan. Series of warded dan MC. Tak boleh duduk dan berdiri lama. Perlu baring. Sakit bawah abdomen dan macam-macam rasa. Perlu bedrest dan tidak boleh berlasak-lasak. Bagaimana nak kerja kalau camni? Akhirnya Kak Jaz ambil unpaid leave sehingga dia lahir. Seterusnya terus resign selepas habis maternity leave.

Sukar nak express perasaan kami. Suami kata cukuplah sepasang. Mungkin hanya ini rezeki kami. Kami redha walau keinginan untuk tambah anak masih ada. Muda lagi kot.

Pada usia Aamily 1 tahun setengah Kak Jaz mula start makan suplemen Shaklee. Punca awalnya kerana badan rasa sangat penat masa menyusukannya buatkan Kak Jaz cari solution untuk masalah ini. Juga sebab Akram hadapi sembelit yang teruk sehingga perlu bergantung dengan lactulose bertahun-tahun.

Alhamdulillah masalah kesihatan kami selesai! Bonus yang lagi best badan rasa sangat sihat berbanding sebelum ini. Hilang sakit bawah abdomen hampir 2 tahun. What a miracle.

Cukup 2 tahun tempoh penyusuan Aamily, Kak Jaz suarakan rasa hati untuk tambah anak. Suami tanya berkali-kali. Betul ke mampu nak tanggung lagi semua ini? Kak Jaz kata badan dah rasa sihat dan kuat compared masa hamilkan Aamily dulu.

Long story cut short Kak Jaz hamilkan Aesha. Masa itu memang dah amal banyak vitamin dan suplemen Shaklee. Set Hamil Shaklee dah jadi kewajipan. Tiada vitamin KK langsung. Alhamdulillah usia kandungan mencecah 40 mimggu. Masih tetap perlu jalani proses cervical cerclage. Tapi takde dah kena bedrest sepanjang masa.

Aktif, lasak ke sana sini. Boleh drive tanpa halangan. Boleh urus rumah tangga. Boleh buat apa sahaja. Happy je masa hamilkan Aesha.

Dan tahun ini Kak Jaz hamil lagi selepas sempurnakan hak menyusu Aesha selama 2 tahun lebih. Usia kandungan sudah mencecah 26 minggu. Lebih aktif dan lasak berbanding masa hamilkan Aesha. Tiada kemasukan ke wad lagi buat masa ini (kecuali masa proses cerclage). Kehamilan yang seperti ibu-ibu lain yang normal. Ramai yang tak sangka kehamilan ini adalah jenis yang berisiko bila lihatkan diri Kak Jaz.

Bagaimana Kak Jaz tak sayang Shaklee kalau kesihatan sepanjang hamil berubah 100% berbanding dahulu? Mungkin ada ibu-ibu yang didiagnose cervical incompetence yang rasa OK je walau tanpa suplemen tambahan, tapi Kak Jaz tahu masih sangat ramai di luar sana yang terpaksa bedrest sepanjang hamil.

Usaha dan ikhtiarlah demi kesihatan kita. Badan yang lebih kuat dan sihat akan beri kita kekuatan dalaman dan luaran yang tidak tergambar dengan kata-kata.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari