Thursday, 5 October 2017

Pantang Larang Cervical Cerclage

Kehamilan kali ni adalah kali ketiga Kak Jaz disarankan buat cervical cerclage. Walaupun pada mulanya Kak Jaz agak berkira-kira untuk lakukan prosedur ini, tapi akhirnya Kak Jaz redha sahaja. Cegah lebih baik daripada ubati, itu yang Kak Jaz pegang.

Kak Jaz suka berkongsi mengenai prosedur cervical cerclage ini sebab masih ramai yang tak tau. Ramai yang takut untuk buat cervical cerclage ini.

Kak Jaz selalu dapat whatsapp bertanya tentang pantang larang selepas lakukan cerclage ini.

👉Boleh buat kerja rumah tak?
👉Boleh bersama suami tak?
👉Boleh buat aktiviti lasak tak?
👉Boleh kerja tak?
👉Kena bedrest je ke?




Sebenarnya kan, kalau tanya doktor lepas buat prosedur ni mereka akan cakap boleh je buat aktiviti biasa. Tapi kena hati-hati. Cuma jangan melasak sangat. Elakkan angkat mengangkat benda-benda berat.

Kerja kita melibatkan otot. Kalau otot lemah badan pun automatik akan lemah. Dan keadaan kita yang cervical incompetence ni pun salah satunya sebab otot serviks kita mungkin lemah.

Jadinya camana? Takkan nak baring je sepanjang hamil berbulan-bulan ni?

Hurmm.. Jawapan Kak Jaz ialah tengok keadaan diri kita sendiri. Tiada orang lain yang lebih kenal diri kita melainkan kita sendiri.

Pengalaman Kak Jaz masa pertama kali melakukan cerclage (2011), most of the times memang bedrest sahaja. Ada juga sapu-sapu rumah tapi sangat minima. Banyak rehat sebab selalu sakit bawah abdomen.

Duduk lama pun sakit. Paling lama dapat duduk sekitar sejam gitu. Oleh sebab itu Kak Jaz ambil keputusan untuk ambil unpaid leave. Tambah-tambah bila ada series of warded, checkup yang kerap yang mana ia memerlukan banyak masa.

Kali kedua dipasang cerclage pada tahun 2014. Yang ni sangat -sangat berbeza berbanding si kakak. Lasak, buat semua kerja rumah dan beraktiviti seperti biasa. Bedrest yang sangat minima. Malahan banyak kalinya seperti orang yang tiadak ada masalah pape.

Alhamdulillah. Kalau terpaksa bedrest seperti zaman hamilkan si kakak, mau kelam kabut nak uruskan abang dan kakak masa tu. Sangat-sangat syukur.

Dan kali ni pada tahun 2017, sekali lagi Kak Jaz dicerclage. Tetapi dengan cara yang agak berbeza. Kali ni Kak Jaz dicerclage menggunakan Arabin Pessary. Tujuan yang sama cuma caranya sedikit berbeza.

Kandungan kali ini dah mencecah 22 minggu. Alhamdulillah Kak Jaz juga aktif seperti tahun 2014. Mengandung kali ini dengan ditemani 3 anak kecil, bedrest tu cuma pada waktu tidur. Hehe

Ada juga masa-masa bial penat uruskan anak-anak dan rumah, Kak Jaz akan baring sahaja. Cuma tak lama. Dalam 2-3 jam dan kembali uruskan rumahtangga seperti biasa.

Adakah lasak sebab terpaksa uruskan anak-anak yang lain?

Jawapannya TIDAK!

Kak Jaz berani lasak dan beraktiviti normal sebab rasa badan lebih sihat dan kuat. Bukan semata-mata kerana terpaksa. Kalaupun ada anak-anak kecil, jika badan sakit still tak boleh nak buat apa-apa. Kena juga fikir pasal diri sendiri dan anak dalam kandungan.apa 

Apa amalan Kak Jaz untuk dua kandungan terakhir ni hingga boleh kekal aktif walaupun dalam kondisi begini?

Kak Jaz amalkan suplemen Shaklee. Sebenarnya simple untuk kita faham bagaimana ia membantu badan jadi lebih sihat dan kuat.

Apabila badan kita cukup nutrisinya, ia akan berfungsi sebaiknya. Antara yang paling penting sepanjang hamil ni ialah PROTEIN. dan suplemen-suplemen penting yang lain. Dan pastinya Kak Jaz amalkan protein ESP.

Protein berfungsi menguatkan otot badan kita. Seluruh badan kita ada otot. Perut, serviks dan rahim pun ada ototnya. Jika ia tak kuat, banyak kemungkinan yang boleh berlaku, salah satunya cervical incompetence.


Ibu ini juga berpengalaman badan lebih kuat selepas amalkan ESP


Bila ada ibu-ibu yang tanya pasal kesihatan Kak Jaz yang nampak sangat OK sepanjang hamil ni, memang Kak Jaz akan sarankan ESP ni tanpa teragak-agak.

Bukan sebab Kak Jaz berniaga semata-mata. Tapi sebab Kak Jaz dah rasa kesannya. Dah alami perbezaannya. Kalau ada peluang untuk kita jadi lebih sihat, kenapa nak abaikannya kan?

Jika masih tiada anak kecil yang perlu dijaga sepanjang tempoh hamil mungkin boleh berbedrest sepanjang masa. Tetapi jika masih banyak tanggungjawab lain yang perlu digalas, Kak Jaz percaya kita akan pilih untuk jadi lebih sihat dan kuat.

Jika ibu-ibu berminat untuk membeli ESP Shaklee ini, boleh terus klik imej di bawah untuk urusan selanjutnya. Atau boleh whatsapp Kak Jaz untuk Kak Jaz uruskan.

Satu canister ESP : RM170.93
Penghantaran : RM10.60


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
FB : Jazilah Ilyas 



*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari