Thursday, 12 October 2017

Tips Surirumah Curi Masa Berbisnes Walaupun Sibuk Dengan Anak Kecil

Ramai ibu-ibu yang nak berniaga tapi sentiasa terikat dengan anak kecil. Nak makan pun kelam kabut, masuk tandas pun anak dah menjerit meraung lagikan pula nak berniaga? Memang tinggal harapan jela kan?




Terutama untuk surirumah seperti Kak Jaz ni. Niat nak juga ada duit sendiri tapi ada je kekangan lain. Jadi camana? Memang kena harapkan duit pemberian suami semata-mata je ke?

Kak Jaz nak kongsikan tips untuk curi masa supaya lebih ramai ibu boleh berniaga seterusnya ada pendapatan sendiri. Jom kita tengok.

  • Setelkan urusan anak-anak, suami dan rumahtangga terlebih dahulu

Pagi-pagi kita bangun setelkan apa yang patut. Anak nak ke sekolah, suami nak ke tempat kerja, sapu dan kemas rumah, jemur baju dan sebagainya.

Bila dah selesai kita dah ada sedikit masa luang. Haa guna cepat-cepat. Jangan pula kita dok layan telemovie pula.

  • Solat awal waktu

Macam tak nampak kaitannya kan? Sebenarnya solat di awal waktu akan memudahkan kebanyakan urusan kita. Masa akan terasa lebih panjang dan lapang untuk kita melakukan lebih banyak kerja.

InsyaAllah kita tak terkejar-kejar dan mampu urus segala urusan rumahtangga dan bisnes dengan teratur.


Ia adalah sejenis aplikasi yang boleh kita gunakan untuk merancang bila kita nak iklan kita dikeluarkan. Kalau nak berniaga mesti kena iklankan produk kita kan? Tapi kita tak mampu nak pegang HP sepanjang masa. Jadi 2 aplikasi PERCUMA ini sangat-sangat membantu.

Hanya perlu masuk ke laman sesawang aplikasi ini dan taip apa yang kita nak iklankan. Set masa yang kita mahu dan selesai.

Kita boleh lakukan semasa anak tengah tidur atau di awal pagi atau bila-bila masa yang kita mahu. Mudah!

  • Cari bisnes yang tak perlu pun kita keluar rumah 

Ada ke? Even kalau bisnes online pun kita masih perlu keluar untuk poskan barang kan? 

Jangan risau. Ada je bisnes yang tak perlu keluar rumah untuk poskan barang jualan kita. Bisnes Shaklee adalah contoh bisnes yang tak perlu pun keluar rumah untuk pos barang sebab company akan uruskan segala pembungkusan dan penghantaran produk.

  • Cari bisnes yang menjalankan sistem dropship

Kebiasaannya bisnes gaya dropship ini hanya perlukan kita untuk iklankan sesuatu produk. Urusan selanjutnya akan dilakukan oleh owner/ejen produk.

So masa tengah tunggu nasi masak ke, sempat la kita pos iklan kat sosial media yang kita gunakan. Dan kembali juga pada point ke2 guna buffer/hootsuite dan setkan awal-awal.

Eh bisnes Shaklee tu cam gaya dropship je kan? Hehe

  • Blog

Ini juga salah satu marketing tools yang boleh ibu-ibu gunakan. Hanya perlu rajin dan istiqamah dan insyaAllah ia akan jadi lubuk duit kita. 

The best thing about blogging ni ialah kita hanya perlu membuat/mengarang entry sekali sehari (lebih banyk lebih bagus) dan biarkan google menjalankan kerjanya. Cuma perlukan sedikit ilmu untuk kita tahu apa yang perlu dilakukan supaya entry kita berada di ranking hadapan.

Jadi takdelah kita melekat je dengan HP kan? Masa kita dengan anak dan suami pun tak terganggu tapi pada masa yang sama masih boleh jana income.

Seronok kan?

Jika ada kalangan kawan-kawan yang nak berniaga produk Shaklee, boleh ajer whatsapp Kak Jaz untuk info detail ya.

Jom kita sama-sama jadi surirumah berpendapatan sendiri tanpa perlu abaikan keluarga!


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari