Thursday, 30 November 2017

Hikmah Menyusu Anak Selama 2 Tahun

Banyak sangat hikmah kenapa seorang ibu disarankan untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Ada yang kita nampak secara nyata, ada yang mungkin terselindung.

Antara hikmah yang paling utama ialah kesihatan anak yang disusukan. Dalam susu ibu terdapat unsur-unsur yang meningkatkan antibodi anak kita, yang mana kebaikan yang satu ini tidak dapat diperoleh daripada susu formula.

Kebiasaannya anak yang menyusu susu ibu lebih sihat dan jarang sakit. Jika pun demam atau selsema, mereka lebih cepat sembuh dan sihat.

Anak lebih rapat dengan ibu. Ini sebenarnya ada pro dan kontranya. Ada ibu yang tidak mahu atau memutuskan susu lebih awal atas alasan susah untuk bekerja bila anak selalu melekat. Agak sedih, tapi ini antara hakukatnya.

Menyusu anak boleh menjadi salah satu cara merancang keluarga yang efektif. Saranan menyusukan anak selama 2 tahun sebenarnya satu saranan supaya kita menjarakkan kehamilan selama tempoh tersebut.

Dalam tempoh 2 tahun tersebut, badan kita telah mula recover daripada luka bersalin. Dalam tempoh itu juga emosi dan fizikal lebih stabil dan pastinya selepas 2 tahun, kita sudah boleh mula bersedia untuk satu lagi proses kehamilan yang lain.

Anak yang disusukan juga telah lengkap mendapat haknya. InsyaAllah kedua-dua pihak telah bersedia untuk menempuh satu lagi alam baru.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Wednesday, 29 November 2017

Ikat Pangkal Rahim Bukan Penghalang Ketuban Bocor

Ada ibu-ibu yang sudah menjalani proses ikat pangkal rahim (cervical cerclage) masih berhadapan dengan risiko keguguran atau kelahiran pramatang. Ada yang disebabkan air ketuban bocor.

Ramai yang salah faham dengan tujuan ikatan pangkal rahim ini. Cervical cerclage dibuat untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang yang berlaku akibat ketidakkuatan pangkal rahim itu sendiri (cervical incompetence), tetapi ia tidak mampu menghalang air ketuban daripada bocor.

Kebiasaannya air ketuban bocor boleh jadi sebab ada jangkitan. Namun banyak juga masanya ia terjadi tanpa apa-apa sebab. Jika ibu yang berisiko untuk melahirkan bayi pramatang telah menjalani proses cervical cerclage, dan ibu ini pecah ketubannya, risiko kelahiran pramatang ini tetap tinggi.

Kak Jaz sendiri pernah ada pengalaman air ketuban pecah dan doktor tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya monitor keadaan kami di wad. Namun bukan rezeki Kak Jaz apabila anak yang dikandung selama 20 minggu itu akhirnya gugur juga.

Selepas 2 kali kehamilan dengan kelahiran anak pramatang (26 minggu) dan keguguran pada usia 20 minggu itu, doktor mengesyorkan untuk melakukan ikatan pangkal rahim (cervical cerclage) untuk kehamilan seterusnya.

Banyak entry-entry dalam blog ini berkisar tentang cervical incompetence dan cervical cerclage. Banyak lagi yang ingin digali berkenaan keadaan kehamilan ini.

InsyaAllah Kak Jaz nak kumpul sebanyak info yang valid dalam blog ini. Moga ia boleh membantu lebih ramai ibu-ibu yang berkeadaan sama seperti Kak Jaz dalam menangani keadaan kehamilan yang begini.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Tuesday, 28 November 2017

Adakah Kelantan Bakal Banjir Besar Lagi?

Sudah hampir 4 hari bumi Kelantan berhujan. Sekejap lebat sekejap rintik-rintik tapi hampir sepanjang masa seluruh Kelantan berhujan.

Hujung tahun begini sangat sinonim dengan banjir. Tambahan pula bagi kami yang berada di Pantai Timur amnya dan Kelantan khasnya. 

Banjir seakan sudah biasa bagi kami rakyat Kelantan. Tetapi peristiwa banjir besar pada tahun 2014 menjadikan ramai rakyat Kelantan trauma. Rumah yang musnah, seluruh kawasan tenggelam dan putus bekalan sana sini.

Sehingga hari ini 28 November 2017 hujan masih belum berhenti. Sungai-sungai utama makin melimpah. Dan trend air makin menaik malahan banyak yang sudah melepasi paras bahaya.

Doa kami moga banjir ini adalah satu episod banjir biasa yang bakal berlalu mungkin dalam seminggu lagi. Moga ia adalah satu fenomena alam yang biasa kami hadapi setiap hujung tahun.

Moga ia bukan banjir besar yang boleh memusnahkan banyak harta benda dan meragut nyawa insan yang tidak berdosa.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Monday, 27 November 2017

Cara Kecilkan Pori Wajah Dengan Berkesan

Pori wajah yang besar akan membuatkan wajah kita tampak tidak sekata. Kita juga mungkin nampak lebih tua daripada usia sebenar.





Kulit wajah juga akan nampak lebih kasar dan tidak sihat. Ia boleh menjadikan diri kita kurang keyakinan diri.

Cara Kecilkan Pori Wajah Dengan Berkesan

1. Bersihkan wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Elakkan membersihkan wajah terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit.

2. Wajib sapukan toner selepas bersihkan wajah.  Toner membantu menutup kembali pori wajah yang terbuka semasa proses membersihkan wajah.

*Pastikan pilih Set Penjagaan Wajah yang semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya

3. GLA Complex
Pernah dengar mengenai GLA Complex Shaklee? Ia mengandungi Omega 6 dan membantu menstabilkan hormon kita. Selain itu ia sangat bagus dalam mengawal minyak berlebihan pada wajah dan mampu mengawal serta memudarkan jeragat.

4. Vitamin C
Vitamin C sangat terkenal untuk kulit. Vitamin C membantu menghasilkan kolagen supaya kulit lebih anjal dan sihat. Ia juga bertindak mengecilkan pori wajah dan mencerahkan kulit dengan berkesan.

Amalan pemakanan suplemen dan vitamin yang konsisten sangat membantu badan dan kulit kita menjadi sihat dan cantik.

Sihatkan badan dan kulit yang cantik pasti akan jadi realiti.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk kecilkan wajah dengan berkesan, anda boleh whatsapp saya seperti nombor di bawah.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931




* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Share:

Sunday, 26 November 2017

Harga Karpet di Nilai 3 - Tawar Sampai Jadi

Harga yang digantung RM1500.00. Bila ditawar-tawar dapat RM600. "Bagi 2 bidang RM1000.00, kami terus ambil"






Long story cut short, memang dapat 2 bidang karpet 7' x 10' dengan harga RM1000.00. Dan ditambah dengan belian yang lain.

Tips membeli di Nilai 3 - tawar harga sampai jadi. Memang kena berani tawar menawar harga di sini. Anda boleh jimat hampir 70-80% jika berani tawar menawar.

Tapi kena bawak otai yang terer menawar. Kalau Kak Jaz yang datang konfem gagal. Hahaha. Yang terer menawar harga kali ni ayahanda nan sorang. Phuh!! Lap peluh Kak Jaz dengar dia menawar. Bestnya memang dapat!! 

Kalau anda memang aim untuk beli karpet 2-3 bidang, Nilai 3 boleh jadi satu tempat pilihan yang terbaik. Harganya memang boleh buat juling mata, tapi kena berani tawar sampai jadi ☺


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Saturday, 25 November 2017

Tips Menenangkan Jiwa Agar Tidak Cepat Marah

Siapa yang selalu sangat cepat sentap? Tak kena sket je cepat sangat nak marah. 

Anak bising kita mengamuk. Anak selerakkan rumah kita membebel. Suami lamabat balik kerja kita dah muncung.

Kenapa kita jadi cepat marah? Biasanya sebab kita penat dan tertekan. Kadang-kadang kita rasa diabaikan. Semuanya boleh jadi sebab kita jadi cepat marah.

Antara sebab lain kita cepat marah ialah kerana badan dan otak kita KURANG NUTRISI. Kak Jaz berbesar hati nak kongsi tips menenangkan jiwa agar tidak cepat marah dengan melengkapkan keperluan badan kita.


1. Vitamin D
Kebiasaannya kita selalu dengar Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium tetapi sebenarnya ia juga diperlukan oleh otak untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Vitamin D ini terdapat dalam Ostematrix. Ia membantu badan lebih tenang dan relaks.

2. Asid Amino
Asid amino yang diperlukan oleh badan tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. ESP membekalkan kesemua asid amino perlu yang badan kita perlukan. Ia penting supaya badan kita lebih bertenaga, perasaan lebih terkawal dan kita jadi lebih bermotivasi dan kurang tertekan.

3. Vitamin-vitamin B
Vitamin B seperti asid folik berfungsi untuk membina sel-sel otak kita serta membantu melancarkan fungsi serotonin. Vitamin B membantu kita lebih tenang, jadi insyaAllAh kurang depresi dan mengurangkan rasa cepat nak marah.

4. Omega 3
Otak kita terdiri daripada daripada Omega 3. Kekurangan Omega 3 ini memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan dan ingatan kita. Ia juga membantu mengawal dan melancarkan peredaran darah dalam badan.

5. Multivitamin
Makanan harian kita mempunyai lompong nutrisi yang cukup nyata. Kekurangan nutrisi ini memberi impak yang cukup besar pada badan, minda dan perasaan kita. Jadi multivitamin membantu melengkapkan segala lompong yang ada.

Nutrisi yang lengkap membantu badan kita jadi lebih bertenaga. Tiada lagi isu kepenatan yang melampau yang boleh mengakibatkan kita cepat marah.

Lengkapkan nutrisi badan dan otak kita agar jiwa kita lebih tenang dan kita tidak cepat marah tanpa sebab. 


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
   FB : Jazilah Ilyas  






*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari