Thursday, 16 November 2017

Adakah Ibu Dibenarkan Pulang Ke Rumah Selepas Proses Cervical Cerclage?

Baru-baru ini ada isu hangat yang menjadi perbincangan antara kami ibu-ibu yang pernah menjalani proses cervical cerclage. Adakah ibu akan dbenarkan pulang ke rumah selepas proses cervical cerclage dilakukan?




Jawapannya boleh jadi ya dan boleh juga jadi tidak. Ia bergantung kepada keadaan ibu sebenarnya. Jadi kita tidak boleh menyamakan keadaan kita dengan ibu lain.

Berdasarkan perbincangan dan pembacaan, Kak Jaz dapati ada doktor yang terus menahan ibu di wad selepas proses cervical cerclage ini dilakukan. Antaranya Hospital Besar Melaka. 

Jika proses cervical cerclage dilakukan pada minggu ke14, bermula selepas prosesnya selesai sehingga minggu ke36, ibu akan terus ditahan di wad. Kak Jaz berpendapat kemungkinan doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko jika ibu dibenarkan pulang ke rumah.

Tetapi pendapat peribadi Kak Jaz, jika tiada komplikasi yang timbul selepas melakukan proses cervical cerclage ini, ibu sepatutnya dibenarkan pulang ke rumah. 20 minggu (5 bulan) di wad adalah satu jangka masa yang cukup lama.

Mengikut pengalaman Kak Jaz yang sudah melakukan 2 kali cervical cerclage dan sekali Arabin Pessary (sekarang), berada lama di wad lebih membuatkan ibu tertekan. Tambahan pula hospital merupakan tempat segala bakteria dan kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar akibat penyakit-penyakit yang dibawa oleh pesakit lain, seeloknya kita menjauhkan diri daripada risiko ini. 

Sepanjang penelitian, doktor akan terus membenarkan ibu pulang selepas ubat bius habis dan ibu dalam keadaan stabil tanpa komplikasi seperti contraction  atau pendarahan lain. Biasanya ibu akan dibenarkan pulang pada hari yang sama atau sehari selepas proses ini berlaku.

Jadi buat ibu-ibu yang bakal melakukan proses cervical cerclage ini, jangan takut dan gusar. Berbincang dahulu dengan doktor yang terlibat untuk mendapatkan pengesahan.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari