Tuesday, 28 November 2017

Adakah Kelantan Bakal Banjir Besar Lagi?

Sudah hampir 4 hari bumi Kelantan berhujan. Sekejap lebat sekejap rintik-rintik tapi hampir sepanjang masa seluruh Kelantan berhujan.

Hujung tahun begini sangat sinonim dengan banjir. Tambahan pula bagi kami yang berada di Pantai Timur amnya dan Kelantan khasnya. 

Banjir seakan sudah biasa bagi kami rakyat Kelantan. Tetapi peristiwa banjir besar pada tahun 2014 menjadikan ramai rakyat Kelantan trauma. Rumah yang musnah, seluruh kawasan tenggelam dan putus bekalan sana sini.

Sehingga hari ini 28 November 2017 hujan masih belum berhenti. Sungai-sungai utama makin melimpah. Dan trend air makin menaik malahan banyak yang sudah melepasi paras bahaya.

Doa kami moga banjir ini adalah satu episod banjir biasa yang bakal berlalu mungkin dalam seminggu lagi. Moga ia adalah satu fenomena alam yang biasa kami hadapi setiap hujung tahun.

Moga ia bukan banjir besar yang boleh memusnahkan banyak harta benda dan meragut nyawa insan yang tidak berdosa.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari