Friday, 10 November 2017

Beza Walimatul Urus dan Kenduri Kesyukuran

Dah nak masuk hujung tahun begini undangan untuk ke majlis perkahwinan akan mula datang. Pelbagai kad yang bakal kita terima. Ada yang ringkas, ada yang penuh hiasan.

Perasan tak dekat tajuk kad tu mesti tulis sama ada walimatul urus atau kenduri kesyukuran? Nampak macam biasa-biasa je kan? Tetapi dua terma berbeza ini sebenarnya ada maksud berbeza.



Ini apa yang didasarkan di negeri Kelantan. Negeri lain Kak Jaz pun kurang pasti juga.

Apa beza walimatul urus dan kenduri kesyukuran?

Jika perkataan yang tertera di atas kad adalah walimatul urus, tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut akan memberi 'sumbangan' atau bahasa Kelantannya ialah "ngele" kepada tuan rumah. Biasanya paling minima RM10 seorang.  

Tetapi jika undangan yang diberi adalah majlis atau kenduri kesyukuran, ia menandakan kenduri itu adalah percuma. Orang Kelantan sebut "make sajo".

Dalam keluarga kami amalannya adalah kenduri kesyukuran. Kami tidak mahu membebankan tetamu yang datang sekiranya ia "makan berbayar". Ia adalah salah satu bentuk sedekah yang kita boleh beri kepada orang ramai.

Secara peribadinya juga Kak Jaz lebih prefer kenduri kesyukuran berbanidng walimatul urus. Tetamu pun tidak rasa terbeban untuk datang ke kenduri kita.

Bagaimana pendapat anda pula?


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



Share:

3 comments:

  1. Kebanyakan kenduri di kelantan byk yg kenduri kesyukuran..

    ReplyDelete

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari