Sunday, 12 November 2017

Cara Mengira Gerakan Bayi Dalam Kandungan

Pejam celik pejam celik kandungan Kak Jaz kali ni dah masuk 28 minggu. Alhamdulillah semuanya lancar dan dalam keadaan yang cukup baik.

Tiba 28 minggu ni maknanya Kak Jaz dah mula kena kira gerakan bayi dalam kandungan. Rupa-rupanya bila dok baca dalam media sosial, ada yang ibu-ibu tidak tahu bagaimana cara mengira gerakan bayi dalam kandungan dan kenapa kena kira pergerakan bayi dalam kandungan.




Jangan ambil mudah tau ibu-ibu, sangat penting untuk kita pastikan bayi kita aktif bergerak dalam kandungan.

Cara Mengira Gerakan Bayi Dalam Kandungan

Kebiasaannya misi akan menyarankan kita untuk set satu masa yang tetap supaya kita nampak dan alert  dengan pola gerakan bayi dalam kandungan kita.

Contohnya kita bermula pada pukul 9 pagi setiap hari. Gerakan bayi dalam kandungan perlu diperhati dan dicatatkan dalam tempoh 12 jam. Jadi carta gerakan bayi kita akan bermula daripada 9 pagi hingga 9 malam.

Kita perlu menanda masa terakhir apabila cukup 10 kali gerakan bayi dalam kandungan. Mungkin pukul 3 petang, atau 7 malam. Tiada masa yang spesifik. 

Dalam satu masa bayi berkemungkinan akan bergerak secara berturut-turut. Jika ini berlaku gerakan hanya akan dikira sebagai sekali sahaja. Contoh 3 kali tendangan dalam masa 5-10 saat, hanya sekali gerakan sahaja yang perlu dicatatkan.

Sela masa antara jumlah gerakan pertama dan kedua dan seterusnya boleh berubah-ubah. Mungkin dalam tempoh 30 minit selepas itu bayi akan bergerak lagi dan ia akan dikira sebagai gerakan kedua.

Mungkin juga hanya selepas sejam bayi akan kembali menendang. Tiada masa khusus tertentu antara sela masa ini.

Apa Perlu Dilakukan Jika Bayi Kurang Bergerak?

AWAS! Jika selepas 2 jam langsung tiada gerakan bayi dalam kandungan, kita perlu ambil langkah seterusnya. Cuba makan dan berehat. Selain itu boleh juga minum air sejuk untuk merangsang gerakan bayi dalam kandungan kita.

Jika kita tengah aktif bergerak, cuba berhenti dan ambil masa berehat seketika dan rasa sama ada terdapat sebarang gerakan atau tidak.

Paling penting, gunakan naluri keibuan kita. Jarang sangat-sangat naluri seorang ibu ini salah. Naluri ibu adalah kurniaan yang cukup special untuk seorang ibu.

Dalam tenpoh 12 jam yang disarankan, sekiranya gerakan bayi dalam kandungan kita tidak cukup 10 kali kita harus segera ke hospital. Jangan bertangguh!

Tetapi jangan juga tunggu hingga 12 jam untuk menentukan gerakan bayi ini. Sekiranya dalam tenpoh 2-3 jam sebelum itu langsung tiada gerakan bayi walaupun kita sudah makan, rehat, ubah kedudukan dan sebagainya, segeralah ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Lebih elok kita beringat daripada menyesal kemudian hari. Risiko kematian bayi dalam kandungan atau bayi terbelit tali pusat boleh dikurangkan dan dielakkan jika kita lebih berwaspada dan berhati-hati.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


*DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari