Thursday, 30 November 2017

Hikmah Menyusu Anak Selama 2 Tahun

Banyak sangat hikmah kenapa seorang ibu disarankan untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Ada yang kita nampak secara nyata, ada yang mungkin terselindung.

Antara hikmah yang paling utama ialah kesihatan anak yang disusukan. Dalam susu ibu terdapat unsur-unsur yang meningkatkan antibodi anak kita, yang mana kebaikan yang satu ini tidak dapat diperoleh daripada susu formula.

Kebiasaannya anak yang menyusu susu ibu lebih sihat dan jarang sakit. Jika pun demam atau selsema, mereka lebih cepat sembuh dan sihat.

Anak lebih rapat dengan ibu. Ini sebenarnya ada pro dan kontranya. Ada ibu yang tidak mahu atau memutuskan susu lebih awal atas alasan susah untuk bekerja bila anak selalu melekat. Agak sedih, tapi ini antara hakukatnya.

Menyusu anak boleh menjadi salah satu cara merancang keluarga yang efektif. Saranan menyusukan anak selama 2 tahun sebenarnya satu saranan supaya kita menjarakkan kehamilan selama tempoh tersebut.

Dalam tempoh 2 tahun tersebut, badan kita telah mula recover daripada luka bersalin. Dalam tempoh itu juga emosi dan fizikal lebih stabil dan pastinya selepas 2 tahun, kita sudah boleh mula bersedia untuk satu lagi proses kehamilan yang lain.

Anak yang disusukan juga telah lengkap mendapat haknya. InsyaAllah kedua-dua pihak telah bersedia untuk menempuh satu lagi alam baru.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari