Saturday, 18 November 2017

Ibu Menyusu Perlu Makan Suplemen Atau Tidak?

Adakah ibu menyusu perlu makan suplemen? Ada yang menyokong ibu menyusu untuk makan suplemen, namun ada juga golongan yang sangat anti pada suplemen penyusuan.

Persoalannya perlu atau tidak?

Isu ini sangat subjektif dan ia bergantung pada ibu itu sendiri. Secara peribadi Kak Jaz akan mengatakan ibu menyusu perlu makan suplemen. Bukan kerana Kak Jaz adalah Pengedar Shaklee yang mempromosikan suplemen semulajadi, tetapi atas beberapa sebab lain.

1. Ibu Menyusu Cepat Penat

Rata-rata ibu yang menyusukan anak akan cepat penat. Tetapi walau penat bagaimana sekalipun, kami akan tetap menyusukan anak-anak tercinta. Jadi bilamana ada suplemen yang boleh menambah tenaga ibu menyusu, mengapa kita menafikannya?

Bila badan penat, ibu akan lebih mudah tertekan. Tekanan ini akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu (selain faktor demand & supply). Susu mungkin berkurangan dan ini boleh memjadikan ibu makin tertekan.

2. Ibu Menyusu Wajib Ada Kalsium Tambahan

Semasa proses hamil dan seterusnya diikuti dengan penyusuan, anak kita akan menarik kalsium yang ada dalam badan ibu. Selalu kita dengar ibu menyusu kerap lenguh badan, sakit pinggang, sakit gigi dan banyak lagi. Adakah kita masih ingin menafikan bahawa kalsium ini perlu ditambah kembali supaya badan ibu menyusu kekal sihat dan fit?

3. Ibu Menyusu Mengalami Perubahan Hormon

Pernah atau tidak kita baca atau dengar keinginan ibu menyusu untuk bersama suami semakin kurang? Selain faktor badan yang penat, ini juga terjadi kerana perubahan hormon sepanjang proses penyusuan itu berlangsung. Maka apabila ada suplemen yang mampu menstabilkan kembali hormon ibu, kita patut sarankan sewajarnya.

Sejujurnya Kak Jaz harap kita berlapang dada untuk menerima pendapat orang lain. Pengalaman Kak Jaz menyusukan anak selama hampir setahun setengah tanpa suplemen, sangat berbeza berbanding apabila Kak Jaz mula makan suplemen untuk melengkapkan tempoh penyusuannya selama 2 tahun. 

Badan lebih bertenaga dan relax. Kita juga jadi lebih tenang dan kurang stress. Dan yang paling best berat badan semakin stabil dengan bantuan suplemen yang sepatutnya walaupun tengah menyusukan anak.

Jika ada ibu menyusu yang perlukan suplemen sepanjang tempoh menyusukan anak, boleh whatsapp Kak Jaz untuk penerangan lengkap. 

Imej di bawah merupakan 2 suplemen asas yang sesuai diambil oleh ibu menyusu. Ia memberi tenaga dan kalsium terbaik untuk ibu menyusu. Ibu pasti akan gembira dengan kesan positifnya nanti.

Jadi bila ada persoalan sama ada ibu menyusu perlu makan suplemen atau tidak, jawapan Kak Jaz ialah WAJIB.







Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari