Wednesday, 29 November 2017

Ikat Pangkal Rahim Bukan Penghalang Ketuban Bocor

Ada ibu-ibu yang sudah menjalani proses ikat pangkal rahim (cervical cerclage) masih berhadapan dengan risiko keguguran atau kelahiran pramatang. Ada yang disebabkan air ketuban bocor.

Ramai yang salah faham dengan tujuan ikatan pangkal rahim ini. Cervical cerclage dibuat untuk mengurangkan risiko kelahiran pramatang yang berlaku akibat ketidakkuatan pangkal rahim itu sendiri (cervical incompetence), tetapi ia tidak mampu menghalang air ketuban daripada bocor.

Kebiasaannya air ketuban bocor boleh jadi sebab ada jangkitan. Namun banyak juga masanya ia terjadi tanpa apa-apa sebab. Jika ibu yang berisiko untuk melahirkan bayi pramatang telah menjalani proses cervical cerclage, dan ibu ini pecah ketubannya, risiko kelahiran pramatang ini tetap tinggi.

Kak Jaz sendiri pernah ada pengalaman air ketuban pecah dan doktor tidak dapat berbuat apa-apa kecuali hanya monitor keadaan kami di wad. Namun bukan rezeki Kak Jaz apabila anak yang dikandung selama 20 minggu itu akhirnya gugur juga.

Selepas 2 kali kehamilan dengan kelahiran anak pramatang (26 minggu) dan keguguran pada usia 20 minggu itu, doktor mengesyorkan untuk melakukan ikatan pangkal rahim (cervical cerclage) untuk kehamilan seterusnya.

Banyak entry-entry dalam blog ini berkisar tentang cervical incompetence dan cervical cerclage. Banyak lagi yang ingin digali berkenaan keadaan kehamilan ini.

InsyaAllah Kak Jaz nak kumpul sebanyak info yang valid dalam blog ini. Moga ia boleh membantu lebih ramai ibu-ibu yang berkeadaan sama seperti Kak Jaz dalam menangani keadaan kehamilan yang begini.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari