Sunday, 19 November 2017

Majlis Ihtifal PASTI Raudhatul Munawwarah

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun anak-anak kita sekolah. Sana sini ibu bapa berkongsi majlis 'graduasi' anak-anak.

Alhamdulillah kami juga telah menghadiri Majlis Ihtifal PASTI Raudatul Munawwarah untuk anak dara si manis Adelia Aamily. Seronok tengok anak-anak menunjukkan bakat masing-masing.






Ada yang bernasyid, ada yang membaca Al-Quran, ada yang membaca cerita dalam English dan Jawi. Macam-macam ragam ditunjukkan. 

Anak Kak Jaz si Adelia Aamily ni baru 5 tahun. Dia sertai 2 nasyid. Seronok nampaknya dia. Semasa di atas pentas dilambai-lambainya kami yang berada di depannya.

Jujurnya Kak Jaz banyak sapu air mata sepanjang majlis ini berlangsung. Melihat keupayaan anak-anak menimbulkan seribu rasa yang sukar digambarkan.

Ini baru Ihtifal PASTI, kalau grad universiti mau banjir mama ni. Hihi.

InsyaAllah tahun hadapan si kakak akan teruskan pembelajarannya di PASTI yang sama. Habiskan setahun lagi di sana sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah dan dilancarkan perjalanannya.

Anak kawan-kawan dah hadiri majlis akhir tahun sekolah masing-masing?


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari