Thursday, 23 November 2017

Penting Sangat Ke Makan Suplemen?

Penting sangat ke makan suplemen ni? Sana sini orang sarankan makan suplemen. Yang paling glamer Vitamin C tu la. Wajib ke?

Tak cukup ke makan real food tu? Buah dan makan, sayur dah makan, takkan kena makan suplemen lagi? Atau ini hanya momokan penjual suplemen?



Atuk nenek kita dulu takde pun makan suplemen segala bagai ni. Sihat je diorang tu?

Sebenarnya kan, dalam zaman kita sekarang ni Kak Jaz sangat percaya bahawasanya penting sangat untuk kita makan suplemen ni. Bukan sebab Kak Jaz ni jual suplemen tau, tapi sebab dah banyak kajian tentang kekurangan nutrisi menyebabkan banyak penyakit. 

Kita kata dah makan real food, tapi cukup ke nutrien dalam real food yang kita makan sehari-hari tu? Jawapannya TIDAK! Kita ambil contoh buah dan sayur. Daripada masa dipetik dan dijual pada pengguna, berapa lama masa yang diambil? Semakin lama masa yang diambil, semakin berkurang nutrien dalam buah dan sayur-sayur ini.

Tak lagi cerita pasal pestisid segala bagai racun serangga yang digunakan untuk menghalang serangan serangga pada sayur dan buah ini. Bagaimana kita bersihkan kedua-dua tumbuhan ini? Sekadar lalukan di bawah air? Rendam?

Pekerja yang bekerja menyembur racun serangga ini berpakaian menutup seluruh badan mereka. Siap pakai mask lagi. Apakah tandanya? Racun itu pasti berbahaya kan?



Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri.

Bila dah tau nutrien dalam tumbuhan kita semakin berkurangan, rasa-rasanya relevan lagi ke soalan perlu sangat ke makan suplemen tu?

Sekali lagi tanya diri kita sendiri, adakah diri kita cukup sihat dan fit walaupun kita kata dah makan segala real food seperti yang kita katakan itu?

Adakah kita cepat demam? Mudah stress? Sentiasa rasa penat? Lenguh sakit badan?

Semua tanda di atas boleh jadi sebab keadaan biologi badan. Tetapi nyata ia boleh diminimakan dengan nutrisi yang lengkap.

Bagaimana nak lengkapkan nutrisi harian kita?

Makan real food, dan tampung dengan suplemen untuk cukupkan lompong nutrisi yang pasti ada. Tetapi elakkan SUPLEMEN SINTETIK. Bukan semua suplemen sama tau.

Yang terbaik pastinya suplemen semulajadi. Dan Shaklee menyediakan semua suplemen semulajadi yang badan kita perlukan.



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


*DISCLAIMER : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari