Wednesday, 22 November 2017

The Manhattan Fish Market - Pengalaman Pertama Yang Awesome

Petang tadi lepas beli wallpaper, suami ajak ke Aeon Mall Kota Bharu. Pusing-pusing then suami tanya nak makan apa? Hurmm.. Takde idea.

Tiba-tiba dia berhenti depan The Manhattan Fish Market. Dalam hati Kak Jaz ni dah berbisik "mahal tempat ni, berapa ratus nak habis untuk kami suami isteri dan 3 anak kecil ni".

Suami ajak cuba makanan kat situ. Kami tak pernah makan di The Manhattan Fish Market ni, so agak lama Kak Jaz membelek menu. Kena fikir tekak semua. Biar padan dengan harga 😅

So lastnya kami pilih menu ini. Harganya dalam RM66.90 gitu kot. Ada nasi, ikan salmon, sotong, fries dan udang. Nampak sedap. Lets try first.




First try dengan tekak lima beranak ini, alhamdulillah Kak Jaz puas hati. Cukup je satu hidangan ini untuk kami semua. Malahan lebih pula nasinya.

Next time takde la cuak sangat nak makan kat sini. Ada harga yang mampu milik dan berpadanan dengan kualiti.

Kadang-kadang kita takut nak cuba sesuatu, sebab kita ada persepsi ia mahal, pelik dan sebagainya. Tapi sebenarnya kalau kita tak cuba kita takkan pernah tahu kan?

So kalau nak makan makanan laut yang tak menghampakan dan boleh mengenyangkan, The Manhattan Fish Market boleh jadi satu tempat pilihan.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari