Saturday, 30 December 2017

Benarkah Epidural Penyebab Sakit Pinggang dan Belakang?

Kerap sangat kita baca dan dengar tentang ibu-ibu yang sakit  pinggang dan belakang selepas mengambil suntikan epidural atau spinal. Oh ya, kedua jenis suntikan ini berbeza walaupun tujuannya sama iaitu untuk mengebaskan bahagian pinggang hingga ke kaki.



Spinal Anaesthesia

Ubat bius akan dimasukkan ke dalam cecair tulang belakang dan ia memberikan kesan yang lebih cepat.

Epidural Anaesthesia

Ubat bius akan dimasukkan ke dalam rongga epidural dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk berkesan sekitar 10-20 minit.

Satu tiub kecil akan dibiarkan di tempat tersebut dan jika kita memerlukan dos tambahan, ia akan dimasukkan melalui tiub tersebut. 


Benarkah Epidural Penyebab Sakit Pinggang dan Belakang?

Menurut kajian, tiada penemuan khusus yang mengatakan spinal atau epidural menyebabkan sakit pinggang dan belakang. Tetapi banyak faktor lain yang menyumbang pada kesakitan ini.

Walaupun begitu, ia mungkin juga tetap berlaku sekiranya sudah ada kecederaan pada tulang belakang sebelum prosedur dijalankan atau postur yang tidak betul semasa suntikan dilakukan.

Ia juga boleh berlaku akibat kerosakan saraf sementara akibat penggunaan ubat bius itu sendiri.

Kak Jaz sendiri pernah ada pengalaman sakit pinggang dan belakang yang cukup kronik selepas mengambil suntikan epidural. Ceritanya ada Kak Jaz nukilkan di sini.


Jadi ia bukanlah mustahil secara total. 

4 tahun aktif dalam bidang nutrisi ini sebenarnya menyedarkan banyak perkara tentang kesihatan. Berdasarkan kelas-kelas nutrisi yang Kak Jaz hadiri, sakit pinggang dan belakang walaupun bukan disebabkan epidural boleh berpunca daripada banyak sebab.

Salah satunya adalah KEKURANGAN KALSIUM.

Orang kita secara amnya sangat kurang minum susu yang merupakan antara sumber utama kalsium. Kita juga diberitahu makanan tertentu sudah cukup untuk tampung keperluan kalsium badan kita.

Benar sayur dan kekacang ada kandungan kalsium. Tetapi adakah anda makan sayur dan kacang secukupnya setiap hari? Jika tidak, adakah anda minum susu untuk dapatkan kalsium?

Jika jawapannya juga TIDAK, jadi di mana anda dapatkan kalsium untuk tulang dan saraf?



Kak Jaz sarankan anda amalkan Ostematrix sebagai antara sumber kalsium terbaik untuk anda. Jika dipasangkan dengan B Complex, ia akan jadi lebih elok untuk tulang dan saraf.

Kesimpulannya, epidural dan spinal anaesthesia secara amnya tidak mengakibatkan sakit belakang tetapi postur dan aktiviti kita mungkin adalah penyebabnya. Dan faktor kekurangan KALSIUM boleh jadi punca utama.

Jadi jika anda kerap sakit pinggang dan belakang selepas suntikan spinal atau epidural, apa kata cuba Ostematrix dan B Complex. Cuba rasai perbezaannya.

Anda boleh terus klik imej di bawah untuk urusan pembelian atau whatsapp Kak Jaz untuk urusan seterusnya.





Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari