Friday, 1 December 2017

Braxton Hicks - Contraction Main-main?

Bila masuk trimester ketiga, kadang-kadang kita akan rasa contraction secara berkala. Tetapi bagaimana kita nak bezakan sama ada ia adalah braxton hicks atau true labor?

Elok kita fahamkan dulu maksud braxton hicks. Ia adalah contraction yang dirasai sebelum tiba waktu kelahiran yang sebenar. Kita rasa cam acah-acah ada contraction.

Kebiasaannya braxton hicks tidak menyakitkan. Kita mungkin rasa perut mengeras secara berkala tapi tidak berterusan.

Walaupun ia sepatutnya tidak menyakitkan, braxton hicks boleh membuatkan kita tidak selesa. Untuk memgurangkan rasa tidak selesa ini, cuba ubah posisi kedudukan dan aktiviti kita ketika ia berlaku.

Dalam kita berhati-hati, mungkin juga kita tersalah anggap preterm labor sebagai braxton hicks. Jangan ambil risiko yang kita tak boleh agak, jika rasa sakit berterusan, kita disarankan terus ke hospital. Terutamanya jika kita mempunyai rekod kelahiran pramatang.

Jika air ketuban pecah, dan perut tidak sesakit semasa true labor adalah lebih elok kita terus ke hospital. Jangan bertangguh untuk sesuatu yang tidak pasti.

Contraction kita mungkin braxton hicks ataupun false labor, tapi ia juga mungkin tanda-tanda preterm labor. 

Jangan ambil mudah.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari