Saturday, 9 December 2017

Keputihan Semasa Hamil - Bahaya Atau Tidak?

Rata-rata ibu hamil akan mengalami keputihan semasa hamil. Walaupun pada hari-hari biasa ia hampir tiada, tetapi ia boleh menjadi agak teruk apabila hamil.

Kak Jaz refer 'keputihan semasa hamil' ini sebagai keputihan yang banyak, yang berwarna putih susu dan mungkin juga sudah bertukar kepada kekuningan atau kehijauan. Bukan keputihan yang selalu disalah anggap sebagai 'discharge biasa' yang berwarna kristal. 

Istilah orang awam seperti kita, lendir putih itu biasa je. Tapi bila merujuk kepada keputihan, ia adalah seperti yang Kak Jaz nyatakan di atas. Setuju kan?

Soalannya keputihan semasa hamil ini bahaya atau tidak? 

Ia boleh jadi bahaya, boleh jadi juga perubahan normal semasa hamil. Bergantung pada tahap keputihan itu sendiri.

Jika warnanya sudah kekuning-kuningan hingga kehijau-hijauan, wajib untuk kita beritahu pada doktor yang merawat. Jangan ambil mudah. Lebih elok kita beringat daripada kita menyesali perkara yang kita tak terjangka.

Ada juga keputihan yang berwarna putih susu tetapi menimbulkan kegatalan yang merimaskan dan dalam kuantiti yang agak banyak. Ini juga perlu terus direfer pada doktor.

Kenapa?

Kerana ia boleh jadi kulat biasa (candida) atau mungkin jangkitan yang lebih teruk. Yang merisaukan jika ia adalah GBS yang boleh memberi kesan terus pada anak semasa dilahirkan.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi keputihan semasa hamil?

1. Kurangkan gula / makanan / minuman manis dalan diet harian.

2. Kurangkan makanan berasaskan tepung putih

3. Ambil antibiotik yang disarankan oleh doktor.

4. Minum air kosong secukupnya

5. Amalkan Garlic Complex dan Vitamin C



InsyaAllah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931




* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari