Sunday, 10 December 2017

Punca Kaki Sembap Semasa Hamil

Kaki sembap atau bengkak boleh terjadi bila-bila masa. Tetapi jika ia terjadi semasa hamil, kita perlu lebih berhati-hati. Kebiasaannya ia bermula daripada buku lali hingga ke betis dan paha. Walau bagaimanapun ia boleh merebak hingga ke seluruh badan.



Punca Kaki Sembap Semasa Hamil


Selepas 20 minggu, janin semakin membesar dan ia akan mula menekan salur darah yang membawa darah daripada seluruh badan kembali ke jantung. Ini menyebabkan aliran darah kurang lancar dan kaki akan mula membengkak tanpa ibu merasa sakit.

Kurang minum air kosong juga boleh menjadi punca kaki sembap semasa hamil. Apabila badan kurang air, darah menjadi lebih pekat dan kaki kita lebih cepat sembap. Minum air tidak akan menyebabkan kaki kita lebih bengkak.

Terlalu banyak rehat dan kurang pergerakan juga menyebabkan kaki lebih senang sembap dan bengkak. Apabila kita aktif bergerak, aliran darah akan menjadi lebih lancar dan ini mampu mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.

Adakah Kaki Sembap Semasa Hamil Berbahaya?


Sekiranya sembap dan bengkak ini sehingga ke paras pinggang, ia mungkin petanda pre-eclampsia atau tekanan darah tinggi semasa hamil.

Pihak klinik kesihatan akan memantau dengan lebih kerap jika keadaan ini berlalu.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931


* DISCLAIMER These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari