Wednesday, 31 January 2018

Rengat - Berapa Lama Nak Lawan Kesakitannya?

Orang tua-tua kata, jangka masa seorang ibu kena rengat bergantung pada bilangan anak yang dilahirkannya.

Kalau lahirkan  anak ketiga, rengatnya 3 hari. Anak keempat, 4 hari dan seterusnya.

Kak Jaz rasa kata-kata ini tak semestinya betul. Pengalaman Kak Jaz kena lawan sakit rengat selepas lahirkan Aamily dan Aesha rasanya tak lama. Hanya sehari dua sahaja dan kesakitannya tak teruk sangat.

Tapi lahirkan anak kelima kali ini rengatnya lama. Hari ini sudah masuk hari keempat Kak Jaz lahirkan si kecil, tetapi rengatnya masih belum hilang. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.

Mungkinkah esok sakit rengat ini bakal berakhir memandangkan esok adalah hari kelima? Kak Jaz mampu berhuhu jela sekarang.

Berapa hari ibu-ibu kena rengat? Sekejap atau lama? Sakit teruk atau biasa-biasa sahaja?

Kak Jaz rasa sakit rengat ini jadi lebih teruk kerana Kak Jaz masih belum berehat sepenuhnya selepas proses bersalin kali ini. Ke hulu ke hilir menguruskan si kecil yang kurang sihat.

Moga sakit rengat ini cepat berlalu pergi insyaAllah.

Share:

Tuesday, 30 January 2018

Rengat - Ini Penyelesaian Terbaik Walaupun Menyeksakan

Pada entry sebelum ini, Kak Jaz telah hurai sedikit sebanyak mengenai rengat - Mimpi Ngeri Ibu Selepas Melahirkan Anak. Ada few tips yang Kak Jaz sarankan dalam entry tersebut.

Dalam banyak-banyak cara untuk mengurangkan rengat, ada satu penyelesaian terbaik walaupun ia sangat menyeksakan ibu.

Susukan bayi yang baru dilahirkan sekerap yang boleh. Ini adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan rengat.





Semasa kita menyusukan bayi, hormon oksitosin akan dirembeskan dan hormon ini sangat diperlukan untuk membantu proses pengecutan rahim berlaku. Lebih cepat dan kerap proses ini berlaku, semakin pendek tempoh kesakitan yang perlu dialami oleh ibu.

Namun awas! Proses penyusuan ibu yang mengalami rengat tidak mudah!

Pada waktu proses penyusuan berlaku, kebiasaannya pada waktu inilah rengat akan menyerang. Sakit contraction, ditarik sampai ke belakang pinggang, perut memulas semuanya akan dirasai serentak.

Ibu perlu kuat, dan tekad semasa proses ini berlaku. Ia bukan mudah. Kak Jaz dah rasa, dan sekarang tengah merasai lagi pengalaman itu.

Namun jika kita mampu bertahan dan terus menyusukan bayi sekerap mungkin, insyaAllah tempoh rengat ini akan jadi lebih pendek dan singkat.

Good luck mommies!!

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Monday, 29 January 2018

Rengat - Mimpi Ngeri Selepas Melahirkan Anak

Rengat - umpama satu trauma dan mimpi ngeri bagi seorang ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tidak semua ibu merasai kesakitan rengat ini.

Apa itu rengat?

Ia adalah sakit seumpama contraction tetapi tahap kesakitannya boleh jadi lebih kuat. Ia berlaku selepas proses kelahiran. Tiada penerangan nyata berkaitan kenapa ia berlaku.

Ia sebenarnya satu proses pengecutan uterus yang dialami oleh semua ibu. Kita akan selalu dengar ia dirujuk sebagai proses pengecutan rahim.

Istilah orang-orang tua pula mengatakan ia adalah akibat darah beku yang belum keluar sepenuhnya. Ia ada logiknya kerana selepas sejumlah darah keluar, ibu akan merasa sedikit lega.

Rengat yang teruk boleh menyebabkan ibu hilang kawalan. Sekiranya tiada masalah lain seperti tumpah darah, ibu disarankan untuk mengambil pain killer yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini.

Urutan secara lembut di bahagian perut juga boleh membantu. Ada yang menyarankan bertungku. Ini perlu dilakukan dengan cukup cermat dan berhati-hati memandangkan kondisi ibu yang baru lepas melahirkan anak.

Berapa lama rengat berlaku?

Tiada tempoh masa tertentu rengat ini terjadi. Ada yang mengalaminya sekitar beberapa jam,ada yang berhari-hari. Dikatakan semakin ramai anak yang dilahirkan, ibu yang pernah mengalami rengat akan merasa kesakitan yang lebih lama.

Selain ubat penahan sakit dan urutan, Kak Jaz sarankan ibu amalkan B Complex dan Ostematrix Shaklee. Kedua-dua suplemen ini membantu dalam menguruskan emosi dan melancarkan pengaliran darah.

Ia juga sangat elok untuk saraf dan tulang kita. Selepas bersalin, badan kita akan menjadi lenguh-lenguh.

Kak Jaz akan berkongsi pengalaman sakit rengat ini dalam entry seterusnya, insyaAllah
Share:

Sunday, 28 January 2018

Tips Bersalin Tanpa Koyakan Dan Jahitan

Bersalin tanpa sebarang koyakan sememangnya jadi idaman semua wanita. Tiada koyakan maka tiada la jahitan.

Tiada jahitan maka sesi berpantang jadi tambah mudah dan tidak renyah. Maklumlah nak berjalan pun tiada rasa sakit. Rasa lebih mudah.

Tips bersalin tanpa koyakan dan jahitan ini rasanya bukan satu rahsia lagi. Tetapi kita jarang dapat aplikasikannya kerana kesakitan semasa meneran.

Tipsnya mudah. Jangan sesekali angkat punggung semasa meneran. Sedikit pun jangan angkat.

Sebelum bersalin, kerapkan berpesan pada suami atau ibu yang bakal menemani kita supaya ingatkan kita agar jangan angkat punggung semasa proses meneran. Kita mungkin terlupa pada waktu tersebut.

InsyaAllah jika kita betul-betul beringat untuk tidak mengangkat punggung semasa meneran, tidak akan ada koyakan dan jahitan.

Moga urusan dan proses kelahiran ibu-ibu akan berjalan lancar dan dipermudahkanNya.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Friday, 26 January 2018

Beramal Kerana Nak Duit - Ikhlas Atau Tidak?

Bagi orang yang terjebak dalam bidang perniagaan, jualan adalah kunci utama untuk menjana duit. Gaji, untung, simpanan dan sebagainya akan terhasil daripada jualan.

Soalnya bagaimana mahu menjana jualan? Kita tidak boleh memaksa orang untuk membeli produk kita. Yang boleh kita lakukan adalah berusaha memasarkannya dan bertawakal.

Usaha ini juga sangat luas caranya.Pemasaran produk itu sendiri adalah usaha yang wajib dilakukan. Dan usaha terpenting yang wajib dilakukan ialah minta dan rayu pada Pemegang Rezeki - Allah SWT.

Kita biasa didedahkan dengan amalan-amalan untuk menarik rezeki. Antara yang cukup popular ialah solat Dhuha. Ada yang amalkan solat tahajud, zikir ayat seribu dinar, istighfar dan pelbagai lagi.

Namun selalu ada suara-suara yang mempertikaikan amalan untuk menarik rezeki. Katanya tidak ikhlas, beribadah untuk minta duit dan pelbagai lagi.

Soalannya, kalau kita tidak minta pada Pencipta, Pemegang Rezeki, pada siapa kita nak minta?

Mungkin ibadah yang kita buat pada awalnya terasa berat, terasa 'bertujuan' lain tetapi percayalah, selepas beberapa ketika kita akan jadi makin ikhlas melakukan segala ibadah ini. Semakin lama semakin manis.

Fake it till you make it.

Pernah dengar kan?

Jangan pernah berhenti meminta dan berharap padaNya hanya kerana kata-kata picisan mereka yang tidak memahami pergantungan kita padaNya. Percayalah, hanya yang mengamalkannya akan tahu apa rasanya.

Jadi, beramal kerana nak duit, ikhlas atau tidak? Tidak perlu dipersoalkan. Hanya Allah yang boleh menilai usaha dan ikhtiar kita.

Selamat beramal
Selamat berniaga
Selamat kentalkan hati

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Thursday, 25 January 2018

Jadi Pengedar Shaklee Dengan Kumpulan Kami Yang Awesome!

Dunia makin mencabar, belanja makin bertambah. Nak tak nak kena cari pendapatan tambahan dah sekarang ni.

Jadi Kak Jaz nak offer awak yang ada keinginan nak tambah pendapatan atau nak cari pendapatan tambahan untuk join team iShines kami dan bergelar PENGEDAR BEBAS SHAKLEE.

Awak tak tau pape pasal bisnes? Tak tau pasal produk? Tak tau nak buat marketing?

Takpe! Kami boleh guide anda. Yang penting KEMAHUAN anda sendiri.

Meh tengok kelebihan berShaklee dan berdaftar dengan kami :

✅ Modal yang rendah. Hanya RM78.90 dan anda sudah layak memiliki perniagaan sendiri! Malahan ada juga cara untuk jadi pemilik perniagaan dengan PERCUMA! Yang ni meh bisik-bisik ngan Kak Jaz.

✅ Tak perlu simpan stok banyak-banyak. In fact tak simpan stok langsung pun boleh mula berbisnes dengan Shaklee ni. Kita nak tambah pendapatan kan? Bukan nak tambahkan bebanan.

✅ Team support yang kukuh! Kami ada barisan Nutritionist dan mereka yang pakar dalam industri makanan tambahan yang juga lebih dikenali sebagai suplemen dan vitamin.

✅ Kami tegas dengan perjalanan bisnes. Anda mahu, kami akan bantu sebaiknya. Yang penting anda komited dan serius mahu berbisnes.

✅ Bimbingan pernigaan dan maklumat berkenaan produk hanya di hujung jari. Katakan sahaja 'SAYA INGIN SERIUS BERBISNES' dan kami akan pandu anda supaya bersinar!!

Jangan tunggu lagi! Wassap kami sekarang untuk jana pendapatan anda sendiri!

Modal rendah! Pendapatan infiniti!

Jazilah Ilyas
Founder of iShines
016-992 7392
Share:

Wednesday, 24 January 2018

3cm Bukaan Jalan Sepatutnya Sudah Dirujuk Ke Hospital

Hari ni baru Kak Jaz tahu sekiranya jalan untuk bersalin dah terbuka sekurang-kurangnya 3cm, ibu hamil perlu dihantar atau dinasihatkan ke hospital.

Alkisahnya hari ni Kak Jaz ke klinik kesihatan untuk jadual checkup biasa. Kak Jaz inform misi bertugas bahawa semalam ada keluar lendir yang mungkin antara tanda-tanda awal nak bersalin.

Jadi misi rujuk pada doktor untuk periksa bukaan jalan. Scan, periksa air ketuban semua dan doktor periksa bukaan jalan. Masih 3cm seperti waktu Kak Jaz keluar wad selepas proses mengeluarkan Arabin Pessary 2 minggu lepas.

Doktor kata sepatutnya dah kena rujuk hospital. Tapi kedudukan baby masih tinggi. Doktor tanya juga pendapat Kak Jaz apa perancangannya.

Doktor dah maklum bukaan jalan sebelum tu pun memang dah 3cm. Progress agak perlahan sedangkan sakit dah agak kerap tapi tak konsisten sangat lagi.

Kami berbincang. Memandangkan rumah Kak Jaz dan hospital hanya berjarak lebih kurang 10-15 minit perjalanan, doktor beri pelepasan dulu untuk pulang ke rumh. Jika ada tanda-tanda jelas, wajib terus ke hospital.

Usia kandungan sudah 38 minggi. Tarikh akhir yang perlu Kak Jaz serah diri ke hospital sekiranya masih belum bersalin ialah 2 Februari 2018.

Kawan-kawan doakan Kak Jaz cepat-cepat bersalin ya. Hihi. Moga Allah mudahkan dan lancarkan proses bersalinnya nanti.

Kalau kawan-kawan ada nak order vitamin Shaklee, boleh je wassap Kak Jaz ya. Dah boyot pun insyaAllah boleh aje uruskan segala order ☺



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Monday, 22 January 2018

Cara Mudah Lajukan Kembali Aplikasi Dalam Handphone

Pernah tak handphone korang jadi perlahan, rasa 'berat', lagging dan tiada tindak balas? (Not responding)

Cara lajukan handphone yang slow


Biasanya kita akan buang gambar dan video dan mungkin juga buang aplikasi tertentu yang tak digunakan.

Berjaya atau tidak? Atau keadaannya masih tetap sama dan handphone kita masih lagi perlahan?

Ikut pengalaman Kak Jaz, walaupun dah buang banyak gambar, video dan aplikasi tertentu, keadaannya tetap sama.

Habis nak buat bagaimana? Beli handohone baru yang lebih besar memorinya? Well, ia memang idea yang bagus tapi takkan kita nak pergi beli on da spot kan? Mesti ada bajet tertentu terlebih dahulu.

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk lajukan kembali aplikasi dalam handphone kita.

Format sahaja handphone kesayangan kita tu. Mudah, cepat, berkesan.

Tapi sebelum format atau reset, pastikam kita dah buat backup untuk data-data penting. Karang menangis tak berlagu pula 😅.

Kak Jaz pun baru je selesai reset handphone ni. Resultnya? Laju je buat kerja-kerja gunakan handphone ni.

Selamat mencuba ya

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

Sunday, 21 January 2018

CoQ-Trol Plus Untuk Tenaga Yang Berkekalan

Baru bulan ini Coq-Trol Plus dilancarkan dan kami sudah menerima feedback yang cukup positif daripada pengguna-pengguna setia Shaklee. Rata-rata sangat gembira dengan perubahan tenaga yang dialami.

Apa Coq-Trol Plus ini? Suplemen untuk apa? Siapa yang boleh mengamalkannya?

Secara asasnya Coq-Trol Plus adalah suplemen terbaru Shaklee yang telah dinaik taraf. Ia mengandungi Coenzyme Q10 yang memang diperlukan oleh badan kita. CoQ10 ini dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita tetapi ia akan merosot seiring dengan usia kita.

Artikel lebih jelas tentang kepentingan Coq10 ini ada Kak Jaz kongsikan di CoQ10 Antioksida Penting Untuk Jantung dan Tenaga.

Semua orang boleh amalkan Coq-Trol Plus ini sebab Coq10 ini semua orang perlukannya. Lelaki atau perempuan sama-sama perlukannya kerana kita semua perlukan TENAGA.






Seronok je kan bila badan kita bertenaga dan kurang penat. Secara tak langsung kita akan jadi kurang moody. Orang yang cepat penat biasanya akan cepat marah.

Kan?

Meh order Coq-Trol Plus dengan Kak Jaz. Klik link di bawah atau boleh aje whatsapp Kak Jaz untuk urusan selanjutnya.

http://bit.ly/2m1ajF1


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Paling digemari