Wednesday, 24 January 2018

3cm Bukaan Jalan Sepatutnya Sudah Dirujuk Ke Hospital

Hari ni baru Kak Jaz tahu sekiranya jalan untuk bersalin dah terbuka sekurang-kurangnya 3cm, ibu hamil perlu dihantar atau dinasihatkan ke hospital.

Alkisahnya hari ni Kak Jaz ke klinik kesihatan untuk jadual checkup biasa. Kak Jaz inform misi bertugas bahawa semalam ada keluar lendir yang mungkin antara tanda-tanda awal nak bersalin.

Jadi misi rujuk pada doktor untuk periksa bukaan jalan. Scan, periksa air ketuban semua dan doktor periksa bukaan jalan. Masih 3cm seperti waktu Kak Jaz keluar wad selepas proses mengeluarkan Arabin Pessary 2 minggu lepas.

Doktor kata sepatutnya dah kena rujuk hospital. Tapi kedudukan baby masih tinggi. Doktor tanya juga pendapat Kak Jaz apa perancangannya.

Doktor dah maklum bukaan jalan sebelum tu pun memang dah 3cm. Progress agak perlahan sedangkan sakit dah agak kerap tapi tak konsisten sangat lagi.

Kami berbincang. Memandangkan rumah Kak Jaz dan hospital hanya berjarak lebih kurang 10-15 minit perjalanan, doktor beri pelepasan dulu untuk pulang ke rumh. Jika ada tanda-tanda jelas, wajib terus ke hospital.

Usia kandungan sudah 38 minggi. Tarikh akhir yang perlu Kak Jaz serah diri ke hospital sekiranya masih belum bersalin ialah 2 Februari 2018.

Kawan-kawan doakan Kak Jaz cepat-cepat bersalin ya. Hihi. Moga Allah mudahkan dan lancarkan proses bersalinnya nanti.

Kalau kawan-kawan ada nak order vitamin Shaklee, boleh je wassap Kak Jaz ya. Dah boyot pun insyaAllah boleh aje uruskan segala order ☺



Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari