Friday, 26 January 2018

Beramal Kerana Nak Duit - Ikhlas Atau Tidak?

Bagi orang yang terjebak dalam bidang perniagaan, jualan adalah kunci utama untuk menjana duit. Gaji, untung, simpanan dan sebagainya akan terhasil daripada jualan.

Soalnya bagaimana mahu menjana jualan? Kita tidak boleh memaksa orang untuk membeli produk kita. Yang boleh kita lakukan adalah berusaha memasarkannya dan bertawakal.

Usaha ini juga sangat luas caranya.Pemasaran produk itu sendiri adalah usaha yang wajib dilakukan. Dan usaha terpenting yang wajib dilakukan ialah minta dan rayu pada Pemegang Rezeki - Allah SWT.

Kita biasa didedahkan dengan amalan-amalan untuk menarik rezeki. Antara yang cukup popular ialah solat Dhuha. Ada yang amalkan solat tahajud, zikir ayat seribu dinar, istighfar dan pelbagai lagi.

Namun selalu ada suara-suara yang mempertikaikan amalan untuk menarik rezeki. Katanya tidak ikhlas, beribadah untuk minta duit dan pelbagai lagi.

Soalannya, kalau kita tidak minta pada Pencipta, Pemegang Rezeki, pada siapa kita nak minta?

Mungkin ibadah yang kita buat pada awalnya terasa berat, terasa 'bertujuan' lain tetapi percayalah, selepas beberapa ketika kita akan jadi makin ikhlas melakukan segala ibadah ini. Semakin lama semakin manis.

Fake it till you make it.

Pernah dengar kan?

Jangan pernah berhenti meminta dan berharap padaNya hanya kerana kata-kata picisan mereka yang tidak memahami pergantungan kita padaNya. Percayalah, hanya yang mengamalkannya akan tahu apa rasanya.

Jadi, beramal kerana nak duit, ikhlas atau tidak? Tidak perlu dipersoalkan. Hanya Allah yang boleh menilai usaha dan ikhtiar kita.

Selamat beramal
Selamat berniaga
Selamat kentalkan hati

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari