Tuesday, 2 January 2018

Prosedur Untuk Membuang Arabin Cerclage Pessary Ditunda

Pernah tak korang diarahkan masuk wad untuk sesuatu prosedur tapi pada hari yang sama terus diarahkan pulang ke rumah?

Sepanjang hamil kali ni, dah 2 kali Kak Jaz masuk wad tetapi diarahkan pulang pada hari yang sama. 

Pertama kali masa prosedur cervical cerclage. Baru masuk wad dalam tempoh tak sampai sejam, doktor pakar arahkan Kak Jaz pulang kerana pada masa itu Kak Jaz selsema dan prosedur untuk melakukan cervical cerclage tidak akan boleh dilakukan dengan keadaan begitu.

"Pakar bius tengok puan camni terus nanti diorang kata tak boleh buat prosedur. Cemana M.O boleh sarankan masuk wad hari ni?"

Kak Jaz tak jawab pape. Sebabnya M.O incharge yang arahkan masuk wad itu sendiri yang prescribe ubat dan antibiotik untuk Kak Jaz. So memang dalam pengetahuan mereka Kak Jaz selsema pada masa itu.

Long cut story short, doktor pakar tawarkan alternatif untuk guna Arabin Cerclage Pessary lepas sesi perbincangan kami. Ia tak perlukan bius dan jauh lebih mudah dipasang.

1 Januari 2018 Kak Jaz diarahkan masuk wad untuk prosedur membuang Arabin Cerclage Pessary. Mengikut doktor di jabatan O&G, kandungan Kak Jaz sudah mencecah 36 minggu pada tarikh yang ditetapkan.

Kak Jaz dah agak pelik sebab kalau ikut misi di klinik kesihatan, kandungan Kak Jaz baru berusia 35 minggu pada 1 Januari tersebut.

Tapi misi pun arahkan je untuk ikut arahan pada surat. So OK lah. Tak nak argue lelebih.

So semalam, pada tarikh yang ditetapkan Kak Jaz register di Labor Room. Misi bagitau kandungan baru 35 minggu 2 hari. Mereka pun pelik kenapa dapat tarikh ini sedangkan kandungan belum cecah 36 minggu. 

Tapi dah arahan camtu, ikut je dulu. Kak Jaz diarahkan naik ke katil dan buat CTG. Setel semuanya Kak Jaz disuruh ke wad.

"Eh, bukan terus remove kat sini ke? Doktor tak kata pape lagi?" Tanya Kak Jaz pada misi.

Diorang kata akan ke Labor Room semula atau mungkin juga hanya akan buat di wad bersalin kerana prosedurnya tidak serumit mencabut cerclage biasa.

Kak Jaz ikut je la arahan misi. Masuk wad dah sekitar jam 12 tengah hari. Tunggu je doktor datang periksa tapi takde yang muncul. Rehat jela jadinya.

Sekitar jam 5 ada H.O datang ke katil, minta ke bilik rawatan. Kat sana beliau konfemkan kandungan baru 35 minggu 2 hari.

"Balik dulu ye puan. Datang minggu depan. Kecuali ada tanda-tanda dah nak bersalin"

Apa rasa korang kalau korang kat tempat Kak Jaz? Menunggu berjam-jam hanya untuk dengar dua tiga ayat begitu?

Geram juga hati. Silly mistake betul. Tapi sebab malas nak cerita panjang, Kak Jaz diam jela.

So takde buat pape sepanjang di wad semalam. Hanya baring di katil dan pada pukul 6.30 discharge letter siap. Buat pembayaran dan pulang ke rumah.

Next date will be 7 January 2018. Hopefully minggi depan semuanya akan berjalan lancar.

Nanti Kak Jaz cerita bagaimana proses seterusnya.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari