Monday, 8 January 2018

Proses Mengeluarkan Arabin Pessary

Kak Jaz ada janji untuk share  cerita proses mengeluarkan Arabin Pessary apabila dah selesai. Alhamdulillah semalam 7 Januari 2018 doktor dah keluarkan Arabin Pessary ini pada usia kehamilan Kak Jaz genap 36 minggu.

Arabin Pessary yang baru dikeluarkan

Prosesnya tak lama. Kurang daripada 10 minit dah siap proses keluarkannya. Sama seperti proses nak masukkannya, mudah dan cepat.

Tetapi nak keluarkan sedikit sukar berbanding nak masukkannya. Mungkin sebab ia dah sedikit lekat jadi kena korek dan tarik sedikit.

Mula-mula doktor masukkan spekulum a.k.a muncung itik tu, keluarkannya dan lepas tu baru doktor lakukan proses keluarkan Arabin Pessary secara manual.

Rasanya seperti ketika doktor cuba 'buka jalan'. Ngilu la sket. Tergapai la jugak tangan Kak Jaz nak menggenggam kurangkan sakit masa tu.

Agak ngilu kerana mereka terpaksa korek dan tarik. Doktor pertama cuba keluarkan tapi tak lepas.

Dipanggil seniornya dan alhamdulillah berjaya tarik keluar Arabin Pessary itu. Bila dah berada dipermukaan faraj, ngilunya makin bertambah. Walaupun ia tak keras tapi ia tetap pejal.

Doktor terus check jalan dan bukaan OS sudah 3-4cm. Belum ada regular contraction jadinya Kak Jaz ditolak kembali ke wad.

Memandangkan kandungan baru 36 minggu maka doktor hanya akan monitor progressnya. Oleh kerana tiada regular contraction, Kak Jaz hanya dinasihatkan berehat dan menunggu sahaja.



 Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931



Share:

1 comment:

  1. Salam kak. Arabin pessary tu elastic ke. Nmpk mcm besar jugak ye arabin cerclage tu. Utk next pregnancy, dr plan supaya sy guna arabin cerclage ni sbb slblm ni bersalin prematured.

    ReplyDelete

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari