Wednesday, 31 January 2018

Rengat - Berapa Lama Nak Lawan Kesakitannya?

Orang tua-tua kata, jangka masa seorang ibu kena rengat bergantung pada bilangan anak yang dilahirkannya.

Kalau lahirkan  anak ketiga, rengatnya 3 hari. Anak keempat, 4 hari dan seterusnya.

Kak Jaz rasa kata-kata ini tak semestinya betul. Pengalaman Kak Jaz kena lawan sakit rengat selepas lahirkan Aamily dan Aesha rasanya tak lama. Hanya sehari dua sahaja dan kesakitannya tak teruk sangat.

Tapi lahirkan anak kelima kali ini rengatnya lama. Hari ini sudah masuk hari keempat Kak Jaz lahirkan si kecil, tetapi rengatnya masih belum hilang. Sakitnya Allah sahaja yang tahu.

Mungkinkah esok sakit rengat ini bakal berakhir memandangkan esok adalah hari kelima? Kak Jaz mampu berhuhu jela sekarang.

Berapa hari ibu-ibu kena rengat? Sekejap atau lama? Sakit teruk atau biasa-biasa sahaja?

Kak Jaz rasa sakit rengat ini jadi lebih teruk kerana Kak Jaz masih belum berehat sepenuhnya selepas proses bersalin kali ini. Ke hulu ke hilir menguruskan si kecil yang kurang sihat.

Moga sakit rengat ini cepat berlalu pergi insyaAllah.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari