Tuesday, 30 January 2018

Rengat - Ini Penyelesaian Terbaik Walaupun Menyeksakan

Pada entry sebelum ini, Kak Jaz telah hurai sedikit sebanyak mengenai rengat - Mimpi Ngeri Ibu Selepas Melahirkan Anak. Ada few tips yang Kak Jaz sarankan dalam entry tersebut.

Dalam banyak-banyak cara untuk mengurangkan rengat, ada satu penyelesaian terbaik walaupun ia sangat menyeksakan ibu.

Susukan bayi yang baru dilahirkan sekerap yang boleh. Ini adalah penyelesaian terbaik untuk mengurangkan rengat.





Semasa kita menyusukan bayi, hormon oksitosin akan dirembeskan dan hormon ini sangat diperlukan untuk membantu proses pengecutan rahim berlaku. Lebih cepat dan kerap proses ini berlaku, semakin pendek tempoh kesakitan yang perlu dialami oleh ibu.

Namun awas! Proses penyusuan ibu yang mengalami rengat tidak mudah!

Pada waktu proses penyusuan berlaku, kebiasaannya pada waktu inilah rengat akan menyerang. Sakit contraction, ditarik sampai ke belakang pinggang, perut memulas semuanya akan dirasai serentak.

Ibu perlu kuat, dan tekad semasa proses ini berlaku. Ia bukan mudah. Kak Jaz dah rasa, dan sekarang tengah merasai lagi pengalaman itu.

Namun jika kita mampu bertahan dan terus menyusukan bayi sekerap mungkin, insyaAllah tempoh rengat ini akan jadi lebih pendek dan singkat.

Good luck mommies!!

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari