Monday, 29 January 2018

Rengat - Mimpi Ngeri Selepas Melahirkan Anak

Rengat - umpama satu trauma dan mimpi ngeri bagi seorang ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tidak semua ibu merasai kesakitan rengat ini.

Apa itu rengat?

Ia adalah sakit seumpama contraction tetapi tahap kesakitannya boleh jadi lebih kuat. Ia berlaku selepas proses kelahiran. Tiada penerangan nyata berkaitan kenapa ia berlaku.

Ia sebenarnya satu proses pengecutan uterus yang dialami oleh semua ibu. Kita akan selalu dengar ia dirujuk sebagai proses pengecutan rahim.

Istilah orang-orang tua pula mengatakan ia adalah akibat darah beku yang belum keluar sepenuhnya. Ia ada logiknya kerana selepas sejumlah darah keluar, ibu akan merasa sedikit lega.

Rengat yang teruk boleh menyebabkan ibu hilang kawalan. Sekiranya tiada masalah lain seperti tumpah darah, ibu disarankan untuk mengambil pain killer yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini.

Urutan secara lembut di bahagian perut juga boleh membantu. Ada yang menyarankan bertungku. Ini perlu dilakukan dengan cukup cermat dan berhati-hati memandangkan kondisi ibu yang baru lepas melahirkan anak.

Berapa lama rengat berlaku?

Tiada tempoh masa tertentu rengat ini terjadi. Ada yang mengalaminya sekitar beberapa jam,ada yang berhari-hari. Dikatakan semakin ramai anak yang dilahirkan, ibu yang pernah mengalami rengat akan merasa kesakitan yang lebih lama.

Selain ubat penahan sakit dan urutan, Kak Jaz sarankan ibu amalkan B Complex dan Ostematrix Shaklee. Kedua-dua suplemen ini membantu dalam menguruskan emosi dan melancarkan pengaliran darah.

Ia juga sangat elok untuk saraf dan tulang kita. Selepas bersalin, badan kita akan menjadi lenguh-lenguh.

Kak Jaz akan berkongsi pengalaman sakit rengat ini dalam entry seterusnya, insyaAllah
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari