Wednesday, 10 January 2018

Situasi Selepas Proses Keluarkan Arabin Pessary - Terus Bersalin Atau Tidak?

Selepas selesai prosedur mengeluarkan Arabin Pessary yang 'memegang/mengikat' serviks, ada 2 situasi yang boleh berlaku.

1. Ibu terus ditahan di Labor Room untuk proses bersalin

2. Ibu dimonitor di wad bersalin sehingga sampai masanya.

Ramai yang menyangka apabila Arabin Pessary/cerclage telah dikeluarkan, ibu akan terus bersalin. Sebenarnya ia bergantung pada bukaan 'jalan' dan contraction yang terjadi.

Jika bukaan jalan untuk baby keluar sudah 4-5cm, kemungkinan besar untuk ibu ditahan terus di Labor Room adalah tinggi. Ditambah dengan contraction yang konsisten, proses bersalin boleh menjadi lebih cepat.

Tetapi jika bukaan jalan masih kecil dan tiada contraction yang teratur, ibu akan dimonitor di wad terlebih dahulu. 

Doktor tidak akan melakukan sebarang 'paksaan' (induction of labor) untuk terus bersalin kerana kebiasaannya Arabin Pessary/cerclage dikeluarkan ketika kandungan masih 36 minggu yang mana usia kandungan masih belum cukup bulan.

Jika ikut pengalaman Kak Jaz selepas proses keluarkan Arabin Pessary baru-baru ini, jalan baru terbuka sekitar 3cm. Maka Kak Jaz dimonitor di wad bersalin terlebih dahulu.

Contraction on and off. Ia mencecah 2:10 sekitar 23-30 saat tetapi ada masa menurun kembali pada 1:10. Kak Jaz hanya berehat di wad dan dimonitor.

Hari ke4 di wad Kak Jaz minta pelepasan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu memandangkan tiada tambahan bukaan. Doktor pakar benarkan Kak Jaz pulang dengan syarat jika turun tanda terus ke hospital. 

Tambahan pula rumah kami dekat sahaja dengan hospital jadi tak risau sangat.

Makanya Kak Jaz balik terlebih dahulu walaupun jalan dah buka 3cm 😊. Jika ada tanda nak bersalin Kak Jaz akan terus bergegas ke hospital. 

Balik lasakkan diri sedikit supaya lebih mudah untuk bersalin nanti insyaAllah.

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari