Sunday, 28 January 2018

Tips Bersalin Tanpa Koyakan Dan Jahitan

Bersalin tanpa sebarang koyakan sememangnya jadi idaman semua wanita. Tiada koyakan maka tiada la jahitan.

Tiada jahitan maka sesi berpantang jadi tambah mudah dan tidak renyah. Maklumlah nak berjalan pun tiada rasa sakit. Rasa lebih mudah.

Tips bersalin tanpa koyakan dan jahitan ini rasanya bukan satu rahsia lagi. Tetapi kita jarang dapat aplikasikannya kerana kesakitan semasa meneran.

Tipsnya mudah. Jangan sesekali angkat punggung semasa meneran. Sedikit pun jangan angkat.

Sebelum bersalin, kerapkan berpesan pada suami atau ibu yang bakal menemani kita supaya ingatkan kita agar jangan angkat punggung semasa proses meneran. Kita mungkin terlupa pada waktu tersebut.

InsyaAllah jika kita betul-betul beringat untuk tidak mengangkat punggung semasa meneran, tidak akan ada koyakan dan jahitan.

Moga urusan dan proses kelahiran ibu-ibu akan berjalan lancar dan dipermudahkanNya.


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari