Monday, 5 February 2018

Pengalaman 5 Hari Diserang Rengat Teruk Selepas Bersalin

Orang-orang tua kata kalau kita bersalinkan anak ke5, rengat yang bakal kita hadap pun 5 hari juga. Phuh!! Ngeri kalau fikir hal rengat ni. Tapi betul ke kesakitan tu ikut bilangan anak?


Wallahua'lam. Ia mungkin betul mungkin tidak. Orang tua-tua kita bercerita berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka juga. Tidak boleh dinafikan 100% apa yang mereka nasihatkan.

Kak Jaz mula kena rengat selepas bersalinkan anak ke3. Rasa-rasanya anak sebelum tu takde kena rengat ni semua. Tapi tak lama sakit tu, tak sampai sehari pun.

Anak ke4 pun masih kena rengat. Again tak lama. Tak silapnya sehari gitu jugak. Yang ke4 tu Kak Jaz dah prepare awal-awal dengan Ostematrix dan B Complex. 

Tapi bila tiba anak ke5 ini, sakitnya bermula seawal uri keluar. Selepas doktor keluarkan uri, rasa memulas terus bermula. Kejang keseorangan Kak Jaz atas katil di labor room. Badan menggigil kesejukan hingga misi terpaksa guna 2 selimut untuk redakan gigilan Kak Jaz.

Misi dah tanya kenapa Kak Jaz nampak sangat sakit. Bila dijawab rengat misi terus angguk. Ada HO yang bertanya pasal rengat dan Kak Jaz dapat dengar apa yang misi jawab. 

Selesai urusan di labor room, Kak Jaz ditolak ke wad bersalin. Selesai bersihkan darah yang meleleh sampai ke lantai, Kak Jaz rehat di katil. Tapi tak lena tidur gara-gara perut tak selesa.

Pukul 4 pagi semasa misi memeriksa keadaan, beliau urut sedikit perut Kak Jaz apabila Kak Jaz dah berpeluh kesakitan. Dan-dan tu terasa darah keluar. Lega sekejap rasa sakit itu dan Kak Jaz terus boleh tidur hingga ke pagi.

Selepas selesai urusan di wad bersalin, Kak Jaz dibenarkan pulang ke rumah. Dalam pukul 3 @ 4 petang Kak Jaz start kena rengat lagi. Kali ini dah menangis sakit sangat. Mama bakar tungku dan tuam perlahan-lahan di perut dan kawasan peha. Lega sedikit.

Pukul 1 pagi keadaan kembali teruk. Kak Jaz cuba bangun berdiri dan berjalan untuk redakan sakit tapi tiada apa yang berkurangan. Terpaksa kejutkan suami dan minta dibawa ke hospital. Tak pernah rasa rengat seteruk ini. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Sampai di ED, Kak Jaz terus disorong masuk dengan katil. Nak bercakap pun rasa tak larat. Doktor periksa sana sini, scan takut ada uri tertinggal atau tumpah darah. Tapi tiada apa yang pelik dan Kak Jaz disuntik pain killer.

Sakit rengat reda perlahan-lahan dan doktor minta Kak Jaz bagi sampel air kencing bila melihatkan Kak Jaz sudah boleh buka mata. Doktor O&G datang periksa Kak Jaz lagi sekali dan tanya serba sedikit.

Bila Kak Jaz bagitau 'rengat' doktor terus anggukkan kepala. Misi suntik satu dos lagi pain killer dan alhamdulillah it works really well. Kak Jaz dengar dengan jelas doktor ini menerangkan pada kawan-kawannya yang mungkin kurang familiar dengan rengat ini.

"Kalau kena rengat ni memang berguling la. Sakit sangat tu"

Pukul 4 pagi Kak Jaz dibenarkan balik dengan bekalan 2 papan panadol dan sekotak ibuprofen.

To cut the story short, setiap hari Kak Jaz diserang rengat dan terpaksa makan ubat untuk redakannya. Vitamin seperti B Complex dan Ostematrix juga Kak Jaz tidak tinggalkan. Dalam hati terfikir kenapa kali ini sakitnya lain macam dan agak lama berbanding dengan anak-anak yang lain.

Satu yang Kak Jaz lupa, walaupun sebelum ini Kak Jaz pernah kena rengat, baby sentiasa ada di sisi dan Kak Jaz direct feeding diorang. Jadi ia sangat membantu mengurangkan rengat dengan lebih cepat dan efektif.


Tapi kali ini memandangkan baby Kak Jaz berada di wad akibat pernafasan agak laju dan tak stabil, sakit ini jadi lebih lama dan berpanjangan.

Maka apabila baby sudah boleh menyusu, Kak Jaz terus tunggu di SCN untuk menyusukannya. Dan boleh ibu-ibu bayangkan rengat menyerang semasa tengah duduk menyusukan baby? Allahu.. Sakitnya sangat-sangat tak terkata tapi Kak Jaz tahan demi untuk berikan susu ibu pada baby.

Seminggu baby di wad, dan pada hari ke5 rasa sakit rengat ini menyusut perlahan-lahan. Sepanjang tempoh BF baby di wad, ada ketulan darah yang serupa hati ayam keluar. Dah keluar seketul tu memang rasa lega sangat-sangat.

Jadi kalau ikut kata-kata orang-orang tua jika anak 5 maka rengatnya 5 hari (untuk yang merasai), kali ini ia memang kena dengan Kak Jaz. Cumanya Kak Jaz percaya ia jadi lama kerana tiada 'bantuan' baby pada 2 hari terawal selepas melahirkannya. Jika tidak, kesakitan ini pasti lebih pendek dan tidak lama.

Bila ditanya ibu-ibu pengalaman rengat ini, pasti yang pernah merasainya tidak mahu ingat akan kesakitannya. Huhu. It such a nightmare to us. Tapi memandangkan kita orang terplilih, maka redha sahajalah kan?


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931




Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari