Wednesday, 7 February 2018

Pengalaman Melahirkan Baby Tanpa Induce

Setelah berminggu-minggu Kak Jaz sakit contraction on and off, akhirnya tiba saat melahirkan permata hati.

Si kecil ini dilahirkan ketika usia kehamilan mencecah 39 minggu. Allah makbulkan doa kali ini untuk bersalin tanpa induce.



Selepas solat Zohor 27 Januari 2018, si dia ajak kami ke KB Mall. Nak makan-makan di Seoul Garden katanya. Daripada pagi Kak Jaz dah start rasa contraction tapi tangguh dulu ke hospital nak tunggu betul-betul sakit.

Lepas makan, pusing-pusing kejap makin tak selesa. Kami tinggalkan anak-anak dengan tokma, che cik dan che su dan terus ke hospital since dah ada tanda. (Darah + lendir)

Terus ke hospital, diperiksa jalan dan HO sahkan dah 5cm. Berdebar jugak masa tu. Cuak, takut semua ada.

Kak Jaz ditolak ke labor room dan dipecahkan ketuban bila jalan dah terbuka 6cm. Contraction semakin kuat. Masa ni masih dapat bertahan.

Bila cecah 8cm, sakitnya memang tak boleh tergambar dengan kata-kata 😭. Fragile sungguh masa ni. Minta nubain tapi tak dibenarkan sebab dah 8cm. Kak Jaz diminta sedut Entonox tapi Kak Jaz tak mampu gunakannya.

Nafas tak sampai untuk sedutnya. Jadi lemas, hopeless. Hampir mengamuk juga tahan sakit masa tu 😭. Renyuk baju si dia ditarik Kak Jaz.

10.03 malam akhirnya si kecil ini selamat dilahirkan dengan berat 3.7kg tanpa sebarang jahitan. Allahurabbi..

Anak paling besar tetapi langsung tidak ada sebarang jahitan. Apa yang diamalkan dan didoakan selama ini Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Walaupun selepas itu sakit rengat terus menyerang, Kak Jaz bersyukur. Sekurang-kurangnya Kak Jaz tak perlu tanggung 2-3 kesakitan sekaligus.

Allah Maha Penyayang kan?

Kak Jaz kongsikan juga tips bersalin tanpa koyakan dan jahitan dalam entry ini. Ini adalah salah satu faktor, dan ada lagi faktor-faktor lain yang belum Kak Jaz kongsikan 😊

http://bit.ly/2C2nD1M

Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931

Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari