Tuesday, 20 February 2018

Perlu Atau Tidak Makan Suplemen Semasa Tempoh Menyusukan Anak?

Banyak perdebatan tentang keperluan suplemen semasa tempoh menyusukan anak. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak. Siapa yang benar?

Tiada yang betul atau salah dalam menyuarakan pendapat tentang hal ini. Cuma apa sahaja tindakan kita, biarlah kita dasarkan pada ilmu dan keadaan badan kita.

Ada yang terlalu rigid mengatakan tidak perlu suplemen semasa menyusukan anak sedangkan badan sudah terlalu penat akibat tidak cukup nutrisi dan rehat. Sakit badan, sakit pinggang malah emosi juga tidak stabil.

Pendapat Kak Jaz, tengok badan kita sendiri. Jangan kita ikut orang membuta tuli.

Jika kita rasa badan kita cukup OK tanpa bantuan suplemen semasa menyusukan anak, go ahead. Jika kita rasa kita perlukan 'sesuatu' untuk support badan, ambillah suplemen.

Kita lebih kenal badan kita. Kita yang tahu kekuatan badan kita. Kita yang tahu sama ada badan kita sakit, sihat, kuat atau lemah.

Badan yang sihat, mood yang stabil merupakan antara penyumbang utama kejayaan menyusukan anak. So go for it, dengan cara yang betul untuk badan kita.

Jazilah Ilyas
Mama BF yang makan suplemen ☺


Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari