Saturday, 17 February 2018

Tahnik dan Bercukur - Sunat Yang diTuntut

Pagi ini alhamdulillah baby Kak Jaz selamat ditahnik dan dicukur oleh tokbohnya. Walaupun agak lewat tetapi kami tetap laksanakan amalan sunat ini.

Tahnik dilakukan dengan tujuan menguatkan lelangit baby. Buah kurma yang dilenyekkan akan diberi pada baby untuk dihisap.

Seterusnya baby akan diberi sedikit air zamzam. Dibacakan zikir-zikir dan ayat Al-Quran sebelum diteruskan dengan bercukur.

Alhamdulillah baby kami dah disempurnakan satu haknya. Pagi tadi nampak OK je baby.

Tengah hari hingga malam ini Kak Jaz rasa kepalanya agak panas. Baby pun sedikit meragam nak berdukung je hari ini. Mungkin kepala yang tidak berambut buatkan baby perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri ☺
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari