Friday, 2 February 2018

Tips Banyakkan Susu Ibu Walaupun Bayi Berada di Dalam Wad

Tiada ibu yang mahu bayi yang baru dilahirkan dimasukkan ke wad. Dengan keadaan ibu yang masih lemah, bayi pula tidak sihat, pasti emosi ibu akan mudah terganggu.

Emosi yang tidak stabil boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Tekanan dan kepenatan boleh menjadi sebab susu ibu 'malu-malu' nak keluar. Ibu kena banyak bertenang walaupun bayi berada di dalam wad.

Makan makanan seimbang. Ibu kena makan buah dan sayur disamping makanan ruji kita. Jangan terlalu rigid berpantang hingga sayur dan buah ditolak ke tepi. Akibatnya susu ibu tidak seperti yang diharapkan.


Semasa bayi Kak Jaz ditahan di wad, Kak Jaz makan buah epal semasa menunggunya. Ibu-ibu yang berada dalam wad yang sama terkejut. "Eh, boleh makan ke buah epal ni dalam pantang?"

Kak Jaz pula yang terkejut. "Kenapa pula tak boleh makan?". Masing-masing terdiam. " Patutlah susu dia banyak". Terdengar pula suara ibu lain.

Kak Jaz terangkan pada kawan-kawan baru ini kita kena makan seimbang terutamanya masa dalam pantang. Barulah badan cepat sembuh dan susu ibu juga boleh terhasil dengan lebih mudah.

Bila makan yang seimbang, kita akan lebih relax dan tenang. Walaupun penat, insyaAllah emosi kita akan lebih stabil dan faktor-faktor ini sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.

Selain itu amalkan juga suplemen dan vitamin untuk proses penyembuhan yang lebih lancar dan berkualiti. Pilihan Kak Jaz pastinya Set Pantang Shaklee yang cukup lengkap dengan segala nutrisi yang badan perlukan. Yang bestnya set suplemen ini dah Kak Jaz amalkan sejak hamil. So hanya teruskan pengambilan vitamin yang sama walaupun semasa dalam pantang.



So ibu-ibu, nak hasilkan dan banyakkan susu ibu, makan makanan seimbang dan ambillah suplemen dan vitamin untuk menampung nutrisi kita.

Bagi anda yang berminat dengan Set Pantang Shaklee, boleh whatsapp Kak Jaz seperti nombor di bawah.

Selamat berpantang dengan gembira 😉


Jazilah Ilyas
Whatsapp / SMS : +6016-992 7392
Shaklee ID : 1070931
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Jazilah

Saya Jazilah
Seorang ibu yang menyokong penuh penyusuan susu ibu. Didiagnos cervical incompetence dan berpengalaman menggunakan Arabin Pessary dan cervical cerclage. Seorang wanita yang inginkan kebebasan kewangan, berdikari dan berkarisma.

Follow Jazilah

Beli sekarang

Google+ Followers

Paling digemari